in

“Kalau udang sorok bawah nasi boleh detect tak?” – Restoran di China Ini Guna Scanner Untuk Kira Harga Lauk

mamak01 e1609637928490

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir setiap masa, perkara mengejutkan yang admin dapat adalah dari negara China, lebih-lebih lagi teknologi dorang. Tak dapat dinafikan yang dorang ni memang kreatif.

Semalam, seorang lelaki telah kongsi satu video Tiktok yang menunjukkan sebuah syarikat di China menggunakan teknologi komputer untuk mengira harga makanan yang diambil oleh pelanggannya.


Korang boleh tengok video tu kat bawah ni.

 

Menurut seorang netizen, kebanyakan syarikat teknologi di China banyak menggunakan sistem ini.

Lauk ambil ikut portion macam makan dekat sushiking. Dia kira ikut pinggan yang memang dah letak siap-siap. Tinggal angkut letak kat tray, saiz semua caterer dah tentukan.”

Dorang pun boleh bayar guna muka. Function, tak ada lah leceh-leceh nak keluarkan dompet sambil pegang pinggan @ tray kan?

mamak8

Admin kagum sebab bagi min memang efficient dan memudahkan kiraan. Boleh agak-agak berapa kita belanja. Kalau manual kadang harga lain-lain…

Tapi lain pula respon netizen yang lain. Rata-rata mempersoal kalau ada lauk yang ‘tersembunyi’ kamera boleh kesan ke?

mamak4

mamak7

Jawab diakhirat gitu.

Haa siapa yang pernah guna modus operandi yang sama ‘menyembunyikan’ lauk dalam nasi? Baik ngaku. Yang pernah buat tu, sila lah share pengalaman korang kat ruang komen.

 

Baca : ‘Smile to Pay’, China Guna Sistem Imbas Muka Untuk Bayar Makanan

stp7

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.