in

“Kalau tuan tangkap saya, saya akan porak-perandakan semua balai polis dan hidup tuan” – Datuk Seri Ugut Polis Ketika Ditahan

Ft Datukugut

Kerana memberi ugutan terhadap dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor, seorang lelaki mengaku dirinya Datuk Seri ditahan pada Khamis lepas.

Menurut Berita Harian, Datuk Seri itu berusia 56 tahun dan telah ditahan bersama seorang rakannya berusia 41 tahun di sekitar Masai kira-kira jam 8.30 malam selepas mangsa tampil membuat laporan polis. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Datuk Seri tersebut telah peras ugut mangsa untuk membayar hutangnya.

Tahan2

Kes ini bermula Isnin lalu apabila mangsa yang berusia 50-an didatangi dua suspek termasuk Datuk Seri berkenaan. Datuk Seri itu kemudian melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa membayar sejumlah hutangnya dengan kekerasan sebelum mangsa membuat laporan polis.”

Ketika ditahan, Datuk Seri itu sekali lagi bertindak menggugut polis bertugas yang berpangkat Inspektor dengan kata-kata ‘kalau tuan tangkap saya, saya akan porak perandakan semua balai polis dan hidup tuan’.”

Polis1

Menurut Ayob Khan lagi, pihaknya mendapati suspek menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan mempunyai banyak rekod jenayah lampau termasuklah di bawah Ordinan Darurat.

Semakan rekod Datuk Seri juga mendapati dia mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat dengan ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak, sekitar 1980-an serta 1990-an.”

Datuk Seri itu juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menutup dan mlindungi kegiatannya serta untuk mengaburi pihak berkuasa. Kedua-dua suspek itu kini disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Baca: “Dorang tak boleh lari, kami dah lama pantau” – KPN Dedah Lebih Dari 5 Tan Sri & Datuk Jadi ‘Mastermind’ Kartel Dadah

Collage 3

Sumber: NST