in

“Kalau tidak meminta kebenaran, kita akan ambil tindakan tatatertib” – JIPS Siasat Kesahihan Pernikahan Serina Redzuawan

Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan isu ini menjadi perhatian, isu pernikahan antara Serina Redzuawan bersama seorang pegawai polis kini dah jadi tumpuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis.


Harian Metro melaporkan bahawa polis kini sudahpun membuka kertas siasatan berhubung isu gagal memohon untuk berkahwin kali kedua terhadap Aidid.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes ini diserahkan kepada JIPS Perlis berikutan dengan pegawai tersebut dah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis.

 

Pada mulanya memang beliau bertugas di sini (Ipoh) sebagai pegawai trafik dan kini sudah melaporkan diri sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis sejak 2019 lagi.”

Aidid2 1

Katanya lagi, satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua dengan anak Cef Wan dan siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis.

“Difahamkan perkahwinan mereka memang berdaftar dengan sah di Perlis. Lazimnya kalau tidak meminta kebenaran, kita akan ambil tindakan tatatertib melalui jabatan, tetapi bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan dijalankan,”

Namun begitu, beliau enggan mengulas panjang kerana siasatan masih dijalankan. Sebelum ini bekas isteri Aidid ada membuat kenyataan bahawa perkahwinan mereka dijalankan sewaktu dirinya masih bergelar isteri.

Apa yang menjadi isu ada perkahwinan yang mereka jalankan itu tidak mendapat kebenaran daripada wanita yang dikenali sebagai Hamizah ini.

 

Baca : “Memang berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah” -; Bekas Isteri Buka Mulut

Serina 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.