in

“Kalau tak dtg diberhentikan kerja” – KSM Terima Banyak Aduan, Majikan Ugut Pekerja Tetap Hadir Ketika PKPD

Ft Majikanpkpd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), terdapat majikan yang memaksa malah turut mengugut pekerja mereka untuk hadir kerja seperti biasa. Kementerian Sumber Manusia (KSM) dilaporkan menerima banyak aduan daripada para pekerja memaklumkan bahawa mereka dipaksa oleh majikan dan jika tidak hadir ke tempat kerja, majikan mungkin bertindak memberhentikan mereka.


Menurut MalaysiaGazette, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata sekiranya pekerja masih diarahkan oleh majikan untuk hadir ke tempat kerja, aduan boleh disalurkan kepada KSM menerusi aplikasi Working for Workers (WFW).

Pkpd1

Beliau turut mengingatkan para majikan untuk patuhi PKPD yang akan dilaksanakan di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur bermula esok, 3 Julai hingga 16 Julai ini. Majikan turut digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, terutamanya dari segi penetapan kapasiti kehadiran pekerja ke pejabat/tempat kerja.

Pekerja  yang berada di kawasan perintah PKPD dan tidak bekerja dalam perkhidmatan perlu tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan, bermakna tidak boleh bekerja di pejabat/tempat kerja sepanjang tempoh PKPD.

Pkpd4

Justeru, majikan dikehendaki untuk membenarkan para pekerja bekerja dari rumah sahaja. Berdasarkan laporan, selain kategori aduan bekerja dari rumah (BDR), aplikasi WFW turut mempunyai 16 kategori aduan lain membabitkan isu perburuhan.

KSM sentiasa memberi perhatian dan peka terhadap aduan yang diterima dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh kementerian.

Baca: PKPD Selangor & KL: Ini Senarai Perkara Yang Boleh & Tak Boleh Dilakukan Bermula Esok

Pkpd Kl Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.