Kecoh di media sosial sejak beberapa minggu lalu tentang kes kemelut rumah tangga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dengan Bella Astillah. Terbaru, Aliff Aziz enggan menceraikan Bella Astillah kerana dia mengatakan dirinya masih lagi menyayangi keluarganya itu.
Namun, gelagat Bella Astillah yang memberi tips untuk mencari suami jika suami menghilangkan diri pula telah menjadi perhatian netizen.
Dalam video yang tular itu, Bella dilihat berada di atas pentas, dipercayai di sebuah festival raya dan dia telah melayan peminat dan pengunjung acara tersebut.
https://www.tiktok.com/@bella.astillah13/video/7354414244760243473?_r=1&_t=8lIAPVLa5Dz
Artikel Berkaitan: “Tak ada niat untuk memerli atau menganjing” – Diserang Netizen, Aprena Manrose Nafi Perli Bella Astillah
Artikel Berkaitan: “Dia kata dah tak rasa apa-apa” – Bella Dedah Aliff Aziz Nak Cerai Sebelum Ditangkap Khalwat
Dalam video yang berdurasi selama 29 saat itu juga, Bella telah melayan peminatnya yang mengatakan jangan risau jika suami hilang. Bella kemudiannya mengatakan mestilah risau jika suami hilang, namun dia mempunyai tips jika suami hilang.
Tapi saya ada tips, kalau suami hilang, kita cari di rumah kawan,” ujar Bella.
Rata-rata pengunjung acara itu kemudiannya bersorak mendengar kata-kata dan tips Bella itu kerana ia seperti mahu merujuk kepada kes yang berlaku kepada Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini.
Kebanyakan warganet yang menonton video itu juga berpendapat kata-kata Bella itu mungkin menunjukkan bahawa Bella telah move on daripada kejadian tersebut memandangkan Bella kini juga telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Aliff Aziz.
Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Bella Astillah dan anak-anak.