Baru-baru ini, pelakon Aprena Manrose telah memuat naik satu video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan dia melakonkan parodi sedang ditemubual oleh wartawan.
Namun begitu, video tersebut telah mendapat kecaman hebat dari netizen yang rata-ratanya mengatakan pelakon ini memerli Bella Astillah yang baru sahaja menjawab soalan dari wartawan tentang kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya.
Artikel berkaitan: “Depan reporter akan buat muka terpaling islamik” – Rita Rudaini Sindir Ibu Aliff Aziz?
Artikel berkaitan: “Dia kata dah tak rasa apa-apa” – Bella Dedah Aliff Aziz Nak Cerai Sebelum Ditangkap Khalwat
Selepas dikecam dan dituduh oleh netizen, Aprena melalui ruangan komen menjelaskan bahawa dia tak ada niat untuk memerli sesiapa dalam video ini lebih-lebih lagi rakan baiknya sendiri, Bella Astillah.
View this post on Instagram
Selain itu, Aprena turut mengatakan bahawa netizen yang menuduhnya itu telah berfikiran negatif dan busuk hati kerana telah membuat andaian videonya itu ada kena mengena dengan isu semasa.
Allahuakhbar, sesungguhnya tiada niat untuk memerli atau menganjing sesiapa dalam video ni. Kes bella, saya diantara yang terawal tahu cerita tapi tidak pernah nak masuk campur. malah saya ada untuk dia. Tidak mungkin saya nak buat video untuk menyindir kawan baik saya sendiri, Bella Astillah.
Korang yang berfikiran terlalu negatif dan memandai sendiri nak kaitkan dengan isu semasa. Korang yang hati busuk. Content ini hanya gurauan semata-mata between me and my husband.”
Aprena juga turut menasihati netizen untuk berfikir dulu sebelum bercakap serta jangan terlalu mudah untuk menjatuhkan hukum.
Tak cukup dengan itu, jenama baju kurung yang dipromosikan oleh Aprena, Leepat.co turut mengatakan bahawa video ini telah pun dimuat naik di TikTok pada 27 Mac lepas iaitu sebelum sidang media yang dibuat oleh Bella Astillah.
Min pun rasa macam trend ni dah lama ada dekat TikTok.
Sumber: Instagram