in

“Kalau nk lulus bagi saya RM500, atau repeat paper!”-Pensyarah Kolej Swasta ‘Pow’ Duit Dan Barang Kemas Student.

Featured 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cikgu, guru, pensyarah atau tutor semuanya membawa maksud yang sama iaitu sebagai insan yang mendidik kita menjadi lebih pandai.


Jika di sekolah atau apa jua pusat pengajian, kita ibaratkan mereka sebagai ibu bapa kita sendiri kerana mereka juga sumber rujukan dan ‘kaunter pertanyaan’ paling berguna.

Namun apa perasaan korang kalau golongan pendidik ni melakukan sebaliknya?

Baru-baru ni kecoh di twitter mendakwa seorang pensyarah wanita di sebuah kolej swasta memeras ugut pelajar kalau mereka ingin lulus dalam peperiksaan..kalau peras ugut tu namanya gengster bukan pensyarah!

Katanya pensyarah tersebut dah beberapa kali pinjam duit daripada pelajar tapi bila ‘part’ nak bayar hutang amat lah susah untuk dia membayarnya.

Menurut mstar, bekas pelajar yang memuat naik posting berkaitan kejadian itu berkata lebih 10 orang mahasiswa diugut pensyarah wanita tersebut supaya memberikannya wang, malah ada yang mencecah RM500..gaji pensyarah bukannya kecik.

Malah pensyarah tersebut menggunakan alasan bahawa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebenarnya yang meminta wang itu daripada pelajar.

Tak cukup dengan itu, perbuatan pensyarah wanita yang terdesak menggunakan duit juga membuatkan ada pelajarnya yang sanggup menyerahkan barang kemas mereka.

Dikatakan, pelajar dah tak ada pilihan lain, selain memberikan wang seperti yang diminta pensyarah berkenaan atau akan mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan, malah berkemungkinan berhadapan dengan GAGAL dalam exam..ape lah perangai, memalukan.

Jelas tindakan tidak bermaruah pensyarah wanita berkenaan telah mencalarkan nama baik Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM).

Depan

Namun, keadaan menjadi semakin teruk bila pihak pengurusan didakwa mengabaikan aduan yang dibuat pelajar sebelum pelajar membuat keputusan untuk mendedahkan perkara tersebut di media sosial iaitu Twitter.

Bagaimanapun korang tak payah lah nak cari posting tu kat twitter, sebab pemilik akaunnya dah padam status tersebut selepas ia dimuatnaik pada Khamis lepas.

Kalau nak lulus, bg saya RM500 atau repeat paper!

Whatsapp Image 20190112 At 75956 Am
Sumber : mstar

So rata-rata yang dah tau isu ni memang panas hati dengan tindakan pensyarah tersebut yang bukan sahaja ambik kesempatan terhadap student sendiri malah perbuatannya adalah MELAMPAU!

Gaji korang sikit sangat ke?

Gaji Korg Sikit Sgt Ke

Kesian KUPTM, hari tu kemain spend beribu promote uni, sekali….

Kesian Kuptm

Sebab ko sorang je lect bodoh, nama kolej busuk!

Sebab Kau Busuk Nama Kolej
Sumber : twitter

So bertindak daripada isu yang dah viral tu, KUPTM pun keluarkan kenyataan bagi menjawab dan menjelaskan perkara tersebut supaya netizen faham dengan apa yang berlaku selain membersihkan balik nama KUPTM..haa pantas!

Tapi admin pun setuju, tak boleh la korang nak salahkan KUPTM angkara seorang pensyarahnya kan.

Pensyarah letak jawatan, laporan polis juga dibuat!

Dwpshjzu8Aydsw3
Sumber : twitter

So korang kat luar sana especially golongan pelajar make sure korang lebih berhati hati okay, kalau berlaku lagi perkara macam ni, please gunakan saluran yang betul sebelum viral memviral ni.

Baca : Mentaliti apa ni? Pensyarah Kena Cop Kolot Sebab Nasihat Pelajar Kalau Taknak Jadi Andartu

Lecturer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.