Dengan apa yang berlaku di Gaza, membuat perkongsian di media sosial berkenaan isu ini adalah satu langkah penting untuk menyebarkan hal ini sebagai tanda bahawa kita mengambil cakna terhadap nasib mereka di sana.
Bagaimanapun, lain pula yang dihadapi oleh seorang ejen hartanah ini di mana dia ditegur oleh seorang pelanggan gara-gara melakukan perkara sedemikian.
Artikel berkaitan : Banglo Sajat Turun Harga Ke RM3.4 Juta, Ejen Hartanah Beri Sebab Kenapa..
Artikel berkaitan : Gelombang Ketiga Flotila Kini Dalam Perjalanan Ke Gaza, Apa Beza Dengan Dua Misi Sebelumnya?
“Lagi kau cakap, lagi lepas ni aku memekak”
Dikatakan, individu ini ada membuat rundingan dengan seorang pelanggan berkenaan dengan hal pembelian hartanah. Bagaimanapun, pelanggan itu membatalkan niat untuk berurusan dengannya hanya kerana kerap membuat hantaran tentang hal-hal mengenai Palestin.
Tidak berdiam diri, individu tersebut terus ‘melaungkan’ ‘Free Palestine’ sebelum dia menyekat (block) pelanggan tersebut.
Menurut individu ini, dia membuat segala perkongsian itu menggunakan akaun media sosial peribadinya dan tiada kena mengena dengan akaun bisnes dan baginya, pelanggan tersebut tiada hak untuk mengawal dirinya daripada membuat sebarang perkongsian.
Bahkan, individu ini turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mendesak pelanggan tersebut untuk menyokong Palestin.
Tegasnya, ini tiada kena mengenai tentang perihal agama dan bangsa, ia mengenai perihal kemanusiaan.
Jadi, biarpun telah ditegur berkenaan tindakan tersebut, ia tidak akan memberi kesan kepadanya untuk terus ‘bersuara’ mengenai hal-hal Palestin.
Sumber : Thread