in

“Kalau mimpi org dtg melawat tu…” – Ayah Mimpi Anak, Bila Pergi Rumah Tengok Mayat Dah Mereput Depan Tandas

Father Visits Daughter After Dreaming She Visited Him Shocked To Find Her 6 Month Old Corpse World Of Buzz 2

Kita selalu dengar pasal naluri seorang ibu. Sebab tu kalau kita demam ke sakit mesti mak kita macam dah tahu-tahu je.

Tapi insiden yang berlaku dekat Thailand ni lain pulak. Menurut WORLD OF BUZZ, seorang ayah berusia 71 tahun, Boonlong Boonplun mimpi yang arwah isteri dan anaknya yang berusia 46 tahun, Thiphaphat Phaksuk datang melawatnya pada 15 Jun.

Lepas ayah ni bangun dari tidur, dia rasa tak sedap hati, macam ada sesuatu yang tak kena. So, Boolong buat keputusan untuk pergi melawat anaknya di rumah yang terletak 20km dari rumahnya.

Sesampainya ayah ni di rumah anaknya, dia terkejut bila lihat rumah anaknya macam terbiar dan tak berjaga sampai lalang pun dah mula tumbuh di sekeliling rumah anaknya ini.

Father Visits Daughter After Dreaming That She Visited Him Shocked To Find Her 6 Month Old Corpse World Of Buzz 2
Sumber: china press

Bila ayah ni masuk ke halaman rumah, dia terhidu bau pelik dari dalam rumah anaknya dan meminta pengawal keselamatan untuk memecah masuk rumah tersebut.

Hancur hati lelaki ni bila dia nampak mayat anaknya dah mereput depan pintu tandas. Allahu… Apa yang menyedihkan, mangsa tinggal sorang diri je dekat rumah tu sejak bercerai dengan suaminya.

Father Visits Daughter After Dreaming That She Visited Him Shocked To Find Her 6 Month Old Corpse World Of Buzz 3
Sumber: china press

Jiran wanita ini berkata, dia ingatkan wanita tersebut dah berpindah keluar sebab air dan elektrik rumah jirannya ini dah dipotong kerana tak bayar selama berbulan-bulan.

Dengan linangan air mata, Boolong berkata walaupun rumah dia dan anaknya berhampiran antara satu sama lain, tapi dorang memang dah lama tak jumpa.

Father Visits Daughter After Dreaming That She Visited Him Shocked To Find Her 6 Month Old Corpse World Of Buzz
Sumber: china press

Bila saya cakap saya nak datang melawat dia, dia selalu cakap dia sibuk.”

Menurut pihak polis, Thiphapat dah meninggal sejak 6 bulan lepas dan percaya bahawa wanita ini meninggal kerana serangan jantung. Tapi, mayat wanita ini dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Allah kesian ayah dia ni…

 

Baca: Anak Mati Dilanggar Bapa Yang Guna Handphone Masa Memandu

Screenshot 2019 06 28 At 12.38.28 Pm