in

“Kalau mama ada pasti dia bangga” – Foto Viral Murid Baca Keputusan UPSR Depan Pusara Arwah Ibu Undang Sebak

Upsr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua kanak-kanak bernasib baik dapat merasa kasih sayang seorang ibu seperti adik Ila ini, ibunya telah pergi menghadap ilahi sejak dia dari kecil lagi dan kini dia dijaga oleh opahnya, Aishah Mat Akat.



Semalam merupakan hari bahagia buat adik Ila apabila remaja 12 tahun dari Pulau Pinang ini telah menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

 

 Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti..”

75464274 3317000665008595 2838423841590476800 O

75580331 3317000588341936 3397468183681040384 O

Apa yang membuatkan lebih daripada 5,000 netizen yang kongsikan gambar adik Ila ini sebak adalah saat dia menitiskan air mata ketika membaca keputusan tersebut di hadapan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam semalam.

“Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang disisi opah. Perjalanan mu masih jauh. Jika mama ada disisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu. Teruskan perjuangan mu… Engkau anak yg baik dan tabah menerima dugaan… Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti..”

Opah yang membesarkannya turut sebak bila melihatnya, hidup yang tak sama macam remaja lain, tapi Ila ni seorang anak yang baik.

75462462 3317000435008618 2439219061062631424 O   76659850 3317000505008611 3626961927122452480 O

Ramai yang memberikan sokongan dan dorongan moral kepada adik Ila ini, masing-masing tak dapat tahan sebak bila melihatnya. Masing-masing  turut mendoakan kejayaan adik Ila ni.

Adikila Adikila2

 

Tak kisah lah keputusan cemerlang atau tidak, yang penting adik Ila dah buat yang terbaik, admin pun doakan kejayaan adik Ila.

 

Baca : “Tahniah Odah, ni hadiah dari cikgu” – Murid Dapat Keputusan UPSR 6A Ini Tolak Hadiah Pemberian Guru Tapi…

Cikgu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.