in

Kluster Baharu Di Sabah Berjaya Dikesan Lepas Seorang Wanita Ditemui Tak Sedarkan Diri Di Rumah

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, KKM mengumumkan terdapat sebanyak 23 kes baru Covid-19 hari ini. Ini termasuk kluster terbaru dari Sabah yang dinamakan Kluster Pulau.


Kalau korang nak tahu, kluster baru ini berjaya ditemui selepas seorang wanita warga emas berusia 68 tahun ditemui tak sedarkan diri di rumahnya di Kunak, Sabah.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah, wanita ini telah dibawa ke Hospital Kunak untuk mendapatkan rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati dan bila saringan Covid-19 di buat ke atasnya, dia didapati positif.

Wanita itu kini sedang dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan alat bantuan pernafasan.”

119471340 3651880731502455 2571398993404753694 O

Selepas mengesan kontak rapat, seramai lapan lagi kes Covid-19 telah ditemui dan kesemuanya merupakan ahli keluarga kepada kes indeks.

Tambah Dr Hisham lagi, setakat ini seramai 128 orang telah disaring dari kluster ini, 18 didapati negatif sementara 101 orang lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Pulau ini merupakan kluster ketiga yang telah dilaporkan di Sabah sejak 1 September selepas Kluster Benteng LD dilaporkan.

 

Baca: [TERKINI] 23 Kes Baru, 6 Kes Sembuh & TIADA Kes Kematian Baru Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.