Sebelum mengikat tali perkahwinan, dalam adat dan budaya masyarakat Melayu, akan ada sesi merisik dan bertunang.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis dirisik dalam situasi yang agak rare, di mana acara itu diadakan dengan penuh bersahaja di sebuah kedai makan.
https://www.tiktok.com/@aidadaud7/video/7254208616691944706?_r=1&_t=8dwuLK1mvz7
Video yang dikongsikan oleh @aidadaud7 itu memaparkan seorang gadis disarungkan cincin oleh bakal kakak iparnya dengan penuh santai.
“Alhamdulillah.. Settle tugasan Kaklong lamar bakal isteri untuk adik kita.. Siap sound lg hehe,” tulisnya di kapsyen.
Dalam video berdurasi 22 saat itu kelihatan seorang gadis agak gemuruh ketika ingin disarung cincin, namun apa yang membuat netizen geli hati ialah apabila bakal kakak iparnya itu memberikan satu amaran yang ‘menyeramkan’.
“Kahwin elok-elok, kalau korang gaduh aku ‘rembat’ kau”, katanya dengan nada berseloroh.
“Simple je, takde serabut-serabut”
Ramai netizen yang terhibur dengan telatah keluarga tersebut, selepas dapat amaran daripada bakal kakak ipar itu, kedengaran ramai ahli keluarga lain yang turut ketawa sama.
Tidak kurang juga netizen yang memuji kesederhanaan keluarga tersebut dalam melakukan adat merisik itu.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 577K tontonan serta lebih 400 komen. Cute je dorang ni!
Baca: [VIDEO] Kongsi Kisah ‘LDR’, Wanita Dedah Tunang Sanggup Berbasikal Dari Selangor Ke Perak