in

“Kalau dia pandai takkanlah nak kerja kat sini” – Layanan Biadap Pelanggan Terhadap Staff Pusat Persembahan Seni Di Penang

Penang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Rambut sama hitam tapi hati lain-lain’, ada yang prihatin ada juga manusia yang tak berhati perut, situasi ini pasti akan ketara dilihat bagi mereka yang berkerja dalam bidang ‘perkhidmatan’. Macam-macam jenis layanan yang mereka terima.


Ada yang faham situasi mereka bekerja, ada yang memang pasang ‘penghadang’ memandang taraf pekerjaan mereka sebagai seorang pelanggan, lebih teruk lagi sampai ada yang memperlekehkan mereka seperti mana yang dialami oleh satu Pusat Persembahan Seni Penang (PenangPac) ini.

 

Maki hamun, hina staff

119706135 3303867642982227 2333911168232546455 O

Perkongsian yang diluahkan menerusi laman Facebook rasmi mereka itu dilihat seperti begitu terkilan dengan sikap dan layanan kejam pengunjung berikan kepada kakitangan mereka.

“Minggu lepas ada sorang pengunjung menggunakan F-word apabila ada staff kami meminta dia untuk duduk ditempat yang sudah disediakan. Walaupun, staff dah tersebut dah memberikan penejelasan yang ia demi membantunya dalam mengawal kesesakan, pengunjung itu balas “tu masalah kau, bukan aku!”

Tambahnya lagi, ada satu insiden di mana satu tempat duduk itu memang khas untuk krew kamera, tapi pelanggan main duduk. Tapi bila ditegur mereka sound balik dengan mengatakan “bawa kamera korang pergi tempat lain!”

Perkongsian ini dimuat naik pada 2 hari (19/9/2020), pada hari kejadian sebelum luahan ini dikongsikan, katanya ada seorang staff dimarahi pengunjung hanya disebabkan ambil suhu di dahi.

“Yang kau pergi ambil suhu kat dahi kenapa? Asal tak ambil kat pergelangan tangan!!! Tak baca berita ke???”

Banyak lagi perkara sebegini terjadi kepada staff mereka, namun kakitangan itu akan terus bersabar dan memberikan respon dengan cara profesional. Namun begitu….

 “But we are no robots – we have feelings too.”

Lebih teruk lagi, ada pengunjung kutuk staff depan-depan menggunakan bahasa lain padahal staff tersebut boleh faham, kutuk dengan memperlekehkan kerja orang.

Esther, pekerja untuk bahagian Pegawai Box Office pernah kongsikan bahawa ada sepasang suami isteri datang ke tempat itu. Wanita berbangsa cina yang tidak berapa fasih dalam bahasa Hokkien itu cuba bertutur bahasa Inggeris dengan mereka.

Walaupun tak fasih, bukan bermakna tak terus!

Tiba-tiba si isteri bercakap dengan suaminya dalam bahasa Hokkien dengan mengatakan bahawa “perempuan ni lembablah”.

Dan ini respon biadap suaminya…

“Kalau dia bijak pandai, takkan lah dia kerja sini”

Malah pekerja cleaner dari Indonesia, Sumiyati juga selalu dapat layanan buruk,

“Katanya, orang selalu layan dia macam dia bodoh sebab dia kerja cleaner. Sungguh menyedihkan, melihat mendengar dan menyaksikan kejadian-kejadian ini berlaku di sebuah pusat seni terutamanya, kerana seni  ini sepatutnya tempat untuk menyatukan orang.”

 

Baca : [Video] Biadap! Tourist Bagi Rusa Makan Facemask, Tak Peduli Walau Staff Zoo Dah Larang

Zoo 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.