in

“Kalau bukan wanita Melayu, tak mungkin jenama hijab sold out” – Netizen Sangkal Dakwaan Neelofa ‘Melayu Jatuhkan Melayu’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pelancaran produk susu pisang Neelofa telah mendatangkan kontroversi apabila iklan produk itu dianggap overclaim. Ia berikutan dengan kenyataan yang disangkal oleh seorang pakar diet tu mendapat sokongan daripada Dr Amalina.


Disebabkan itu, Neelofa ada tampil beri respon dengan menyatakan rasa terkilannya terhadap orang Melayu yang menjatuhkan bisnes Melayu, lapor mStar.

Justeru, kenyataannya itu telah mendatangkan kemarahan orang ramai yang selama ini menyokong produknya.

 

Tiada kebenaran internel team?

Kita sedia maklum bahawa Neelofa ada tampil berikan kenyataan saat ditemubual dalam Melodi untuk menjawab kecaman netizen tentang produknya yang overclaim.

Kata Neelofa, ada pihak ketiga yang mengeluarkan risalah produk tersebut tanpa mendapatkan kebenaran daripada orang-orang HQ.

Potongan rakaman temubual itu dikongsikan semula melalui IG Story Neelofa dan dengan menambah caption ‘Melayu nak jatuhkan Melayu’

Disebabkan itu, ada seorang netizen yang lantang di Twitter terpanggil untuk spill tea dan tepis dakwaan Neelofa itu.

Katanya, dia terjumpa beberapa gambar dari stokis/agent produk susu pisang tersebut. Menurutnya, kenyataan yang didakwa ‘third party edarkan risalah tanpa kebenaran internal team’ agak mencurigakan.

Ini kerana dalam posting tersebut kelihatan Neelofa sedang bermesyuarat dengan beberapa orang dan di hadapan Lofa kelihatan seperti ada risalah yang baginya mengandinya info berkaitan produk Susu Pisang.

Sumber : Twitter

Malah ada pula gambar dari posting yang dipercayai ‘orang dalam’ yaang terlibat dalam pelancaran produk itu yang bertarikh 19 dan 20 November.

Gambar dari IG Story tadi pula tak dapat dikenalpasti bila tarikhnya, tetapi Lofa memakai baju dan tudung yang sama dengan gambar dari IG feed.

Jadi apa kaitan gambar ini dengan statement pihak ketiga edarkan risalah tanpa kebenaran internal team tu? Baca ni..

Dalam pada itu, baginya kenyataan Neelofa yang menyifatkan ‘Melayu jatuhkan Melayu itu juga dikira keterlaluan.

 

‘Melayu nak jatuhkan Melayu’ berikutan kritikan/kecaman/persoalan yang dibangkitkan warganet, pada pendapat meols agak keterlaluan…”

Menurutnya lagi, komen tersebut tidak harus dilemparkan kerana tanpa Neelofa sedar, orang berbangsa Melayulah yang sekian lama menyokong kerjaya dan perniagaannya semenjak zaman bisnes kanta lekap malah hijabnya.

Tak usahlah menyebut tentang bisnes hijab kerana kalau bukan gadis dan wanita Melayu yang beratur di Starbucks untuk membeli koleksi kolaborasi dengan jenama itu, tak mungkin koleksi tersebut sold out.”

Tak habis dengan tu, netizen ni siap ada spill tea lagi pasal perniagaan ini. Hmm, nak tengok ni.

Kita semua tahu yang kedua-dua selebriti ni macam ada perang dingin biarpun masing-masing tak pernah mengakuinya tapi, hurm entah lah.

 

Baca : “Boleh tak team awak clarify pasal ni?” – Dr Amalina Gesa Neelofa Sebab ‘Overclaim’ Jual Susu Pisang, Ini Respon Ejen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.