“Kalau bukan aku sorang pun takkan dapat” – Wanita Flush Bekas Suami ‘Punya’ Lepas Potong Sebab Jealous Ada Orang Lain

Dah bercerai tak sampai sebulan, wanita ini ‘naik hantu’ potong kemaluan bekas suami lepas dapat tahu yang lelaki tu dah curang masa diaorang masih berkahwin lagi.

Wanita yang dikenali dengan nama Lee potong bebird dan testicles bekas suami dia pakai gunting tajam dalam rumahnya yang bertempat di Hukou, Taiwan.

 

Dapat tahu ex- husband curang masa tengah suami isteri.

Dikatakan pasangan ni bercerai tak sampai sebulan pun lagi, mungkin itu lah faktor Lee bengang bila dapat tahu yang bekas suami dia yang umur 58 tahun tu pernah ‘tidur’ dengan perempuan lain masa diaorang masih lagi suami isteri.

Sakit hati punya pasal, Lee goda bekas suaminya tu untuk jalinkan hubungan intim tapi masa diaorang tengah nak ‘buat’ tu, Lee cepat-cepat ambil gunting potong bekas suami punya kemaluan tu.

Menurut polis, lepas Lee potong, dia simbah asid  dan flush kemaluan tu dalam jamban.

Lepas perbuatan kejam tu dibuat, Lee terus telan pil tidur banyak-banyak. Bekas suami, Chen kemudiannya call pihak berkuasa sambil mengurungkan diri dalam bilik air sebab takut perempuan tu makin agresif.

Ketika disoal siasat, alasan Lee buat perkara ni adalah.

Kalau aku tak boleh, seorang pun tak boleh dapat dia”

Menurut sumber Daily Mirror, masa mereka masih lagi suami isteri Lee yang tanggung Chen sebab Chen dah tak kerja selama 2 tahun.

Mungkin tu lah Lee bengang bila dapat tahu yang bekas suami dia main kayu 3 masa dia sibuk kerja.

 

Tak dapat nak sambungkan balik

Mungkin sebab itu jugalah si Lee nak ‘buang kejantanan’ dia. Disebabkan dah kena flush, pihak berkuasa tak dapat nak jumpa bahagian yang kena potong tu.

Masa polis sampai rumah, Lee berada dalam keadaan tak sedarkan diri sebab dah telah pil tidur banyak sangat.

Diaorang berdua kemudiannya dikejarkan ke hospital, Chen ‘punya’ memang tak ada harapan nak disambungkan sebab dah hilang. Kata sumber kalau jumpa sekalipun tak dapat nak sambungkan balik sebab ada jangkitan kuman kat bahagian kena potong tu.

Lee bakal dikenakan tindakan setelah mendapatkan rawatan rapi nanti.

 

Baca : Lelaki Tak Sedar Anu Terpotong, Panik Bila Hospital Tolak Permintaan Untuk Sambungkan Balik

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?