in

“Kalau bagi duit belanja RM5 sehari pun boleh beli” – Geng Seludup Rokok Buat ‘Kiddie Pack’ Untuk Tarik Budak Sekolah

Collage 2

Macam yang korang tahu, antara usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai berhenti merokok adalah dengan menaikkan harga rokok, larangan merokok di kedai makan dan pembekal rokok hanya dibenarkan untuk mengeluarkan 20 batang rokok minimum dalam satu pek.

Namun, kartel rokok seludup nampaknya seperti sengaja nak cabar undang-undang bila dorang sekarang telah perkenalkan rokok dalam pek lima batang yang dipanggil kiddie pack dengan harga bawah RM2 sahaja!

Menurut Harian Metro, tujuan pek seperti ini dikeluarkan adalah untuk menarik perhatian remaja bawah umur yang baru nak berjinak-jinak dengan rokok dan masih bergantung kepada duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

Slack Imgs.com

Kiddie pack ini dikatakan telah diletakkan di kedai-kedai runcit yang diusahakan oleh warga asing terutamanya di Chow Kit, Kampung Baru dan turut dikesan di Pulau Pinang.

Rokok dalam pek lima batang ini baharu sahaja dikesan. Kira-kira sebulan berada di pasaran tempatan untuk merekrut perokok baharu dalam kalangan remaja.”

Walaupun sekolah buat masa sekarang telah ditutup kerana Covid-19, namun pemasaran ini dah bermula dari sekarang.

Sebaik sahaja penggal persekolahan dibuka semula, pek rokok lima batang ini akan dilambakkan di pasaran tempatan. Jika pelajar diberi duit saku RM5 pun sudah mampu membeli sekotak ‘rokok budak sekolah’ ini.”

Dikatakan, sejak penjualan kiddie pack bermula, banyak kedai yang menjual rokok seludup ini mengatakan ia dah habis stok. Laris betul!

25446057 1991197114503484 1392535095161664518 N

Selain budak sekolah, kartel rokok seludup ini juga turut mensasarkan golongan B40 dan orang-orang yang pendapatan mereka terjejas gara-gara Covid-19.

Bukan itu sahaja, jualan ini turut dibuat secara dalam talian di mana orang ramai boleh membeli kiddie pack ini secara lambak di mana di dalam sekarton kotak ada sebanyak 40 pek dengan harga dari RM65 ke RM75 menjadikan harga sekotak hanya RM1.70 sahaja.

Kalau korang nak tahu, jika ada individu yang didapati tak mematuhi harga minimum rokok berdasarkan Peraturan 8A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, Peraturan 10A, tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa hasil tembakau secara dalam talian.

Sabit kesalahan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Perkara ini jadi lebih membimbangkan bila dah libatkan budak-budak bawah umur. Nak kaut untung punya pasal…

 

Baca: “Brazil pun kena pintas” – Malaysia Negara Terbesar Dunia Bagi Pasaran Rokok Seludup

Screenshot 2020 12 02 At 1.49.50 Pm

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook