Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan semalam telah mencadangkan agar harga sekotak rokok dikurangkan ke RM8 bagi menangani aktiviti penyeludupan.
Ketika sesi perbahasan Akta Kastam 2020 di parlimen semalam, Ahmad Maslan mengatakan yang sebanyak 64% rokok yang dijual di Malaysia adalah rokok haram manakala hanya 36% sahaja rokok sah terjual dan dicukai, lapor Sin Chew Daily.
Ekoran ini, negara telah mengalami kerugian sebanyak RM5 bilion hasil tembakau tahunan.
“Rokok yang dicukai adalah berharga dari RM17.40 ke RM12. Rokok seludup adalah dari RM8 ke RM2 dan ada beberapa pek rokok lima batang dijual dengan harga RM2.
Ini amat berbahaya kerana rokok seludup berkenaan boleh dibeli oleh anak sekolah kerana dijual dengan harga RM2 sekotak.
Sebab itu ada satu kajian menyebut Malaysia adalah pasaran gelap rokok paling besar di dunia.”
Tambahnya, ini tak sepatutnya berlaku kerana rokok seludup mempunyai nikotin dan tar yang lebih tinggi dan tak mempunyai amaran kesihatan mengikut piawaian pengeluaran.
Oleh itu, kerajaan mencadangkan agar kerajaan menjalankan program cubaan selama dua tahun di mana semua jenama rokok dikurangkan kepada RM8, sama dengan harga rokok seludup.
Kita tak nak rugi 5 bilion dari penyeludupan. Rokok dan RM5 bilion bukanlah jumlah yang sikit dan saya nak sebut sekali lagi yang kajian menemui Malaysia mempunyai pasaran gelap rokok terbesar di dunia.”