in

“Kalau aku, baling je kat kereta dia” – Pemandu Biadap Jatuhkan Kon Orang Turap Jalan, Bengang Sebab Jammed

Kon4

Standard lah kan kalau kita keluar atau pulang lewat malam ada orang buat kerja penyelenggaraan jalan dan jalan jadi sesak. Tak dinafikan ia menduga kesabaran tapi kena lah tolak ansur dan kalau marah jangan sampai buat satu perkara biadap macam pemandu dalam video ni.

Viral di Twitter sejak semalam apabila ada pemandu jatuhkan kon-kon yang disusun untuk kerja turap jalan tar kerana dikatakan bengang sebab jalan jammed. 

 

Tolong la hormat kerja kerja penyelenggaraan jalan raya. Kon, barrier, blinkers, senbod semua yg depa letak tu sebahagian dari SOP demi keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja. Jangan jadi bangang please”

Dikatakan, kejadian ini berlaku di sebelum tol Sg Besi untuk menghala ke Kajang, bila diperhatikan dalam video ini, jalan begitu sesak sementara di belah kanan ada orang tengah buat kerja turap jalan.

Kon disusun sepanjang jalan dan menyebabkan lane jadi berkurang sehingga jalan jadi sesak. Perbuatan biadap pemandu kereta sedan berwarna hitam jatuhkan kon-kon yang ada diatas jalan itu dirakam oleh pemendu dibelakangnya dan viral sehingga 12.4 K retweets sepanhang 19 jam ia dimuat naik.

Kedengaran pekerja-pekerja itu sedang memaki hamun akibat tindakan kurang ajar pemandu tersebut. Logiklah kan kalau buat kerja penyelanggaran pada waktu malam, kalau pagi-pagi nanti habis kena maki.

Kalau jalan rosak tahu pula nak complain, Tengok ni.

Ramai netizen yang ‘panas hati’ bila tengok kelakuan tak ada sivik pemandu ini. Rata-rata mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu.

 

Asal tak pecah kan kereta tu? – Netizen

Highway Highway2 Highway3 Highway4

KIta yang tengok ni pun dah panas apatah lagi orang yang penat-penat nak buat kerja tu.

 

Baca : Pemandu Teksi Biadap Ganggu Lelaki Ambil Penumpang di Lapangan Terbang Pulau Pinang

Teksi