in

“Kalau ada tersalah cakap, tersimpan dendam…” – Nampak Makin Susut, Hafiz Suip Mohon Maaf Kepada Segelintir Pihak

Hafiz3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu gambar yang dimuat naik oleh penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip ini telah mendatangkan rasa bimbang dan tanda tanya peminat.


Dalam caption gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini menjelaskan permohonan maaf kepada segelintir pihak jika ada yang pernah tersinggung dengannya.

 

Let say kecik hati,tersalah cakap,dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini maafkan saya”

Hafiz

Dalam perkongsian gambar hitam putih itu, netizen perhatikan Hafiz dilihat semakin susut. Selain permohonan maaf, Hafiz juga ada juga berpesan tentang hari kematian.

“Assalamualaikum wbt nama saya Mohd Hafiz Bin Mohd Suip well known as hafizsuip in this world(bukan semua kenal pun) but hafizsuip really sorry for what he had done to you gaiss if let say kecik hati,tersalah cakap,dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini maafkan saya.”

Hafiz juga meminta orang ramai untuk terus mendoakannya.

“Ni bukan cerita sedih atau cerita dongeng..tapi hakikat nya saya takut Azab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan di hisab..gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5min ja..ada masalah 2 rakaat mintak ngan Allah itu ja…jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia jugak..InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi  ..nama DR SAM tu sempoiiii rindu saya orang nya.. “Dua Rakaat Settle All Masaalah”  izinkan saya tuan guna tagline hehehe.”

Biarpun meraih sokongan moral daripada perminat, perkongsian gambar dan kata-katanya ini juga telah mendatangkan rasa bimbang netizen apabila melihat keadaannya Hafiz sekarang.

Ada juga yang melihat bahawa kurusnya itu lain macam.

 

Kurusnya tak acam kurus orang biasa – Netizen

Image From Ios 9 Image From Ios 8 Image From Ios 7

Bagaimanapun, diharap bahawa semuanya baik-baik sahaja, dan sama-samalah kita doakan untuk Hafiz.

 

Baca : “Sweet habis”- Isteri Dan Anak Sendiri Jadi Model Dalam MV Terbaharu Hafiz Suip

Hafiz2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.