in

“Kalah orang muda” – Netizen Kagum Tengok DSAI Mampu Buat ‘Plank’ Pada Usia 74 Tahun

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun semua orang tahu tentang kebaikan untuk bersenam setiap hari, tak ramai orang yang mampu konsisten untuk melakukannya. Untuk orang yang tak biasa, memang confirm tak larat nak buat yang senaman yang susah.


Namun bagi Ahli Parlimen Port Dickson ini lain pula…

Baru-baru ini menerusi Instagram, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ada memuat naik video beliau melakukan senaman bersama jiran.

Apa yang menariknya, walaupun dah berusia 74 tahun, DSAI masih kelihatan gagah melakukan senaman dan membuat plank yang rata-ratanya ramai orang jauh lebih muda susah nak buat!

Korang tengok je lah video dekat bawah ni, steady je DSAI buat plank dan berjogging macam tak penat langsung dan setaraf dengan orang-orang muda yang join senaman sekali.

Senaman papan bersama jiran lepas #PandoraPapers.”

“Kalah orang muda”

Rata-rata netizen di ruangan komen memuji DSAI yang masih mampu bersenam dan kelihatan fit serta ada juga yang mengaku dorang pun tak boleh nak buat macam ni!

Screenshot 2021 10 13 At 2.50.58 Pm Down

Screenshot 2021 10 13 At 2.57.52 Pm

Ada juga netizen yang memuji pilihan lagu DSAI yang memilih lagu “Stronger” dari Kanye West untuk videonya ini. Jiwa muda ni!

Screenshot 2021 10 13 At 2.58.14 Pm Down

Rasa tercabar pulak tengok DSAI yang dah berusia ni pun boleh bersenam macam ni lagi. Kita ni asyik baring je tengok Netflix. Hehehe

 

Baca: “Saya tak pernah cakap dengan Anwar” – Zahid Nafi Rakaman Tular Berkonspirasi Dengan Ketua Pembangkang

Screenshot 2021 10 13 At 3.05.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.