in

#KAJIAN Satu Per Empat Populasi Dunia Tidak Mahu Ambil Vaksin, WEF Jangka Usaha Menentang COVID-19 Mungkin Tidak Berjaya

Cc 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar buat kita semua lebih-lebih lagi apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.


Kesukaran ini juga dirasai oleh para saintis perubatan yang sedang giat berusaha untuk menghasilkan penawar bagi wabak ini.

Walaupun vaksin masih belum dapat dihasilkan dan dipasarkan secara rasmi, pihak Forum Ekonomi Sedua (WEF) bersama firma kajian pasaran Ipsos telah menjalankan sebuah kajian untuk melihat tahap kemahuan warga dunia dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

C 1

Kajian ini melibatkan seramai 20,000 responden merentasi 27 negara. Tempoh kajian ini dijalankan pada 24 Julai hingga 7 Ogos lalu.

Hasil kajian tersebut mendapati secara purata 74 peratus golongan dewasa di peringkat global sedia diimunisasi bagi menentang virus Covid-19 sekiranya vaksin itu tersedia.

Responden dari China merupakan paling berminat dengan 97 peratus menyatakan mereka mahu divaksin sementara Rusia adalah negera terendah iaitu hanya 54 peratus.

C1 1 1

 

Saya bimbang usaha ini menemui kegagalan – WEF

Walau bagaimanapun, angka itu dijangka masih tidak mencukupi untuk menentang virus yang pantas merebak itu.

Ketua Pembentukan Masa Depan Kesihatan dan Penjagaan Kesihatan WEF, Arnaud Bernaert menyatakan kebimbangannya apabila satu per empat daripada warga dunia tidak berminat untuk mendapatkan vaksin.

“Pengurangan 26 peratus berhubung keyakinan terhadap vaksin cukup untuk menggagalkan keberkesanan pelan vaksinasi COVID-19”

C2 1

Antara sebab utama mereka tidak mahu mengambil vaksin ini adalah kerana risau dengan kesan sampingan dan ada juga yang meragui keberkesanan vaksin tersebut, lapor Astro Awani.

 

Baca: ‘Kita cuba kurangkan risiko’ – Malaysia Bakal Sekat Kemasukan Dari Negara Yang Catat Lebih 150,000 Kes Covid-19

Gambar Hiasan 10

Sumber: Twitter
Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.