in

Kajian Menunjukkan Anak Sulung Perempuan Berpotensi Jadi Lebih Berisi Daripada Adik

Untitled 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat seorang gadis, mempunyai adik perempuan boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan dikongsikan bersama, bermain alat solek, patung mainan dan berkongsi pakaian.


Namun tahukah anda, perempuan lebih cenderung untuk jadi lebih berisi jika mempunyai adik perempuan. Betul ke?

Kenyataan tersebut bukanlah direka oleh penulis untuk tujuan suka-suka. Kajian terperinci telah dibuat ke atas 13,406 pasangan adik beradik perempuan daripada Sweden yang lahir pada tahun 1991 sehingga 2009.

Hasil kajian mendapati perempuan yang lahir dahulu mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi berbanding adik perempuan mereka. Anak perempuan yang lahir dahulu juga lebih cenderung untuk menjadi gemuk dan mengalami obesiti.

Menurut kajian, adik-beradik perempuan yang lebih tua akan lebih ringan daripada yang muda pada awal kelahiran, namun akan lebih berat dengan 2.4% BMI.

Malah, kajian yang dibuat juga mendapati adik beradik perempuan yang lahir lebih awal adalah 29% lebih berpotensI untuk menjadi lebih berat daripada adik perempuan mereka.

Kenapa perempuan yang ada adik perempuan boleh berisi?

Terdapat beberapa teori yang dikeluarkan hasil daripada kajian yang dibuat, salah satunya adalah daripada Professor Wayne Cutfield dari Liggins Institute di University of Auckland.

Menurut beliau, saluran darah yang berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada janin adalah sedikit nipis pada kehamilan pertama.

Kesannya, ada kebarangkalian bekalan nutrien tidak dapat disalurkan dengan sepenuhnya. Hal ini menyebabkan individu tersebut menyimpan lebih banyak lemak dan mempunyai insulin yang kurang berkesan.

Teori lain pula adalah daripada Dr. Maria Pena, pengarah Center for Weight Management di Lenox Hill Hospital, New York City. Menurut beliau, ibu kebiasaannya akan lebih cenderung untuk memberi makanan yang banyak kepada kelahiran pertama untuk mendapatkan berat badan bayi yang sihat.

Teori lain pula mendapati isu ini berpunca daripada persaingan antara adik-beradik perempuan. Gary Sacks dari Deakin University, Australia mendapati anak perempuan sulung akan bersaing dengan anak perempuan yang lebih muda untuk mendapatkan makanan yang lebih banyak.

Sumber: Brightside

BACA: Kajian Mendapati Lelaki Boleh Mandul Akibat Jangkitan Covid-19?

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.