in

Kajian Dedah Lelaki Malaysia Punyai Antara ‘Anu’ Terpendek Di Seluruh Dunia

Collage Penis.jpg

Baru-baru ini, satu kajian telah mendedahkan bahawa lelaki Malaysia adalah antara yang mempunyai zakar terpendek di seluruh dunia.

Menurut laporan dari farmasi dalam talian, From Mars, Malaysia telah menduduki tangga tercorot iaitu berada di nombor 79 dari 87 negara.

Mengikut carta yang disertakan bersama kajian ini, Malaysia dan Vietnam mempunyai purata panjang zakar yang sama ketika ereksi iaitu 4.52 inci.

Sementara itu, negara yang memegang tangga pertama merupakan Ecuador dengan purata kepanjangan zakar adalah 6.93 inci ketika ereksi diikuti dengan Cameroon 6.56 inci dan Bolivia 6.50 inci.

7 The Average Global Penis Size 1.Jpg

Kalau korang tengok senarai dekat atas ini, negara-negara Afrika lebih banyak memonopoli tangga 10 ke atas.

Manakala, negara-negara Asia Tengggara dapat dilihat berada di bawah dan tak banyak beza antara satu sama lain namun negara dengan zakar terpendek di nombor 87 adalah Kemboja

5 The Countries With The Smallest Penises 1.Jpg

Untuk pengetahuan korang, ukuran purata panjang zakar lelaki di seluruh dunia adalah 5.54 inci ketika ereksi.

Penting sangat ke saiz zakar ni?

Dalam kajian ini, ahli farmasi Navin Khosla menjelaskan saiz mungkin penting dan mungkin tidak pada seseorang.

Menurutnya, jika korang risau saiz zakar boleh menjejaskan prestasi seksual, penting untuk korang ingat yang semua orang mempunyai keinginan yang berbeza dari segi saiz mahu pun keutamaan.

Namun begitu, Navin mengatakan kebiasaannya pemilik zakar lebih risaukan saiz zakar mereka berbanding pasangan mereka.

Sumber: From Mars

 

Baca: Zakar Terpotong Ketika Sunat, Keluarga Kecewa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah Beri Ganti Rugi RM3.1 Juta

Collage 25