Tidak melatah dan terlalu defensive, sebaliknya pempangaruh dan usahawan, Khairul Aming bersikap lebih profesional dalam berniaga untuk memastikan pelanggan yang membeli produknya berasa puas hati dengan servis yang ditawarkan.
Ianya apabila produk yang baru dilancarkan oleh pempengaruh masakan itu, Rendang Nyet Berapi mendapat ulasan 6/10 sahaja kerana ada individu berpendapat produk yang diterimanya itu tidak memuaskan.
Artikel berkaitan : “Ready nak battle” – Khairul Aming Keluarkan Produk Ketiga, Rendang Nyet!
Artikel berkaitan : “Ramai tak boleh survive lebih 3 tahun” – Khairul Aming Dedah Realiti Sebenar ‘Content Creator’
Review 6/10, rasa sedap tapi…
Menerusi Threads, pembeli tersebut tidak menafikan bahawa rasa Rendang Nyet Berapi memang sedap, tak kedekut bahan, pendek kata, rasanya serba serbi cukup. Tetapi dia kurang berpuas hati daripada segi bungkusan.
Pembeli tersebut mendapati bahawa terdapat kebocoran ketika menerima produk itu. Dakwanya ada lelehan minyak keluar, bahkan dia yang hanya membeli sepeket tidak puas hati kerana isi ayam yang ada hanya sedikit dan isinya begitu kecil.
Terpanggil dengan komen daripada netizen itu, Khairul Aming telah membuat permohonan maaf kepada pelanggan tersebut.
Bukan itu sahaja, beliau juga meminta butiran penghantaran pembeli tersebut untuk ganti rugi. Malah, Khairul Aming juga akan mengenal pasti isu dan memperbaiki mutu kualiti produknya.
Boleh baca di sini..
Tak macam founder lain yang syok sendiri – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji sikap profesional Khairul Aming ini, mereka turut membandingkan Khairul Aming dengan pengasas produk lain yang mereka labelkan sebagai ‘syok sendiri’.
Malah, ada yang mengetakan bahawa Khairul Aming memang menjaga kebajikan pelanggannya sejak beliau mula menjual Sambal Nyet lagi.
Apapun, semoga perniagaan Khairul Aming terus maju dan pelanggan berpuas hati dengan produk jualannya.
Sumber: Threads