in

Jutaan Penduduk Belum Divaksin, Gelombang Baharu Covid-19 ‘Serang’ Eropah

gelombang baharu covid eropah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah lagi gelombang jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan berkemungkinan bermula dari Eropah berikutan peningkatan kes di seluruh rantau berkenaan.

Menurut laporan Reuters, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) menegaskan bahawa pandemik Covid-19 masih belum berakhir walaupun situasi telah banyak berubah berbanding setahun lalu.


Data rantau WHO menunjukkan terdapat peningkatan kes Covid-19 di Eropah sebanyak 8% sebelum 2 Oktober dan peningkatan tersebut menunjukkan bahawa satu lagi gelombang jangkitan telah bermula, kata Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge dan Pengarah ECDC, Andrea Ammon dalam satu kenyataan bersama.

Kyriakides Ammon Speranza Kluge 2020

Selain itu, amaran turut dikeluarkan oleh pakar kesihatan awam tentang kekurangan sebarang kempen publisiti utama serta kekeliruan mengenai vaksin berkemungkinan akan mengehadkan pengambilan dos penggalak di rantau berkenaan.

Tambah WHO dan ECDC, jutaan penduduk di seluruh Eropah masih belum menerima vaksin Covid-19 dan menggesa agar negara-negara yang telibat untuk memberikan kedua-dua vaksin selsema dan Covid-19 menjelang peningkatan musim kes influenza.

Russian mother and child during coronavirus crisis photo by vperemen via Wikimedia Commons e1586948060902

Dalam masa yang sama, WHO dan EDCC memaklumkan bahawa golongan rentan termasuk warga emas, wanita hamil serta mereka yang mempunyai morbiditi bersama harus mendapatkan kedua-dua vaksin tersebut.

Menurut data penerima vaksinasi seluruh dunia yang dikeluarkan oleh New York Timeslebih 5.39 billion atau 70.3 peratus penduduk bumi telah menerima sekurang-kurangnya satu vaksinasi, selebihnya tidak divaksin.

Sumber : Awani

Baca : Hampir 11 Juta Kanak-kanak di Seluruh Dunia Jadi Yatim Piatu Angkara Covid-19

FT BUDAK

Sumber: Wikimedia
Sumber: Vperemen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.