Pada 31 Mac lalu, General Surgeon Registar, Dr Amalina Che Bakri mengumumkan beliau sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Alex.
Berita gembira itu dikongsikan Dr Amalina sendiri menerusi laman sosial Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/CNKuQnCBast/
Menerusi posting terbabit, Dr Amalina memaklumkan majlis mereka sudah tiga kali ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Pun begitu, pada 31 Mac lalu, pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya disatukan di London Central Mosque.
“Walaupun sudah tiga kali ditunda disebabkan ‘lockdown’, kali lega dapat mengadakan satu majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat (hanya 6 orang tetamu sahaja menurut peraturan COVID-19 di United Kingdom),” tulis Dr Amalina.
Tambah doktor kelahiran Malaysia itu lagi, pada awalnya, dia dan pasangan merancang untuk melakukan majlis resepsi pada bulan Mac di Malaysia dan di United Kingdom pada bulan Jun tahun ini.
“Kami terpaksa menunda majlis resepsi sehingga kami benar-benar pasti semua orang boleh menghadiri majlis itu. Kami berharap dapat meraikan hari istimewa kami bersama insan tersayang dan rakan-rakan tak lama lagi,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Dr Amalina sebelum ini mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Alex pada 10 Ogos 2020.
Tahniah diucapkan kepada Dr Amalina dan pasangan!
Sumber: @dramalinabakri