in

Jururawat Nak Bantu Individu Kemalangan Ma*t, Rupanya Mangsa Teman Lelaki Sendiri

ft kemlangan maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada asalnya, seorang jururawat dari Thailand berhenti untuk membantu mangsa kemalangan di wilayah Ayutthaya pada hari Sabtu, 6 September, tanpa disedari, mangsa yang maut dalam kemalangan kereta itu adalah teman lelakinya sendiri.

Menurut laporan sumber, sebuah SUV Mitsubishi Pajero berwarna putih telah melanggar tiang elektrik yang menyebabkan bahagian hadapan kenderaan itu musnah sepenuhnya. Pemandu itu terperangkap di dalam dan ia memaksa pasukan penyelamat menggunakan peralatan pemotongan untuk mengeluarkan mangsa


Artikel berkaitan : Wanita Ma*t Dalam Kemalangan, Suami & Anak Meraung Lihat Jasad Ibu Dig*lis Treler

Artikel berkaitan : Lori Buat Pusingan U Secara Haram, 3 Terkorban Dalam Kemalangan Tragis

Screenshot 2025 09 12 164726

Ketika pasukan penyelamat sedang menjalankan tugas, jururawat yang ternampak kejadian tersebut memberhentikan keretanya untuk membantu. Amat meruntun hati apabila dia mula menyedari bahawa mangsa kemalangan tersebut itu merupakan teman lelakinya sendiri.

Menurut sumber, jururawat itu menjelaskan bahawa dia baru sahaja menamatkan syifnya di hospital dan teman lelakinya ada datang ke tempat kerjanya supaya mereka boleh pulang ke rumah bersama-sama biarpun naik kereta berasingan, kekasihnya itu  sudah beransur gerak 5 minti awal sebelum dia.

Screenshot 2025 09 12 164634

Katanya, pada mulanya, dia tidak sedar apabila melihat kenderaan tersebut yang dah remuk teruk, niatnya berhenti semata-mata kerana tugasnya secara profesional untuk membantu.

Sumber melaporkan bahawa lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Jururawat itu menemaninya dalam kenderaan penyelamat, ia memberikan CPR sepanjang perjalanan dengan harapan dapat menyelamatkannya.

Screenshot 2025 09 12 164604

Punca nahas masih dalam siasatan. Pemandu tempatan memberitahu pemberita bahawa beberapa kemalangan sebelum ini pernah berlaku di tempat yang sama, dan ia disifatkan sebagai tempat berbahaya kerana aspek persimpangan dan lencongan. Malah, cuaca hujan lebat pada waktu malam kemalangan juga mungkin menjadi faktor.

Mayat mangsa telah dipindahkan ke Institut Sains Forensik Pusat di wilayah Pathum Thani untuk bedah siasat. Punca nahas masih dalam siasatan.

Sumber : Thaiger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.