Untuk peminat kereta Chevrolet, pastinya mereka ketahui yang pengeluar kereta kategori ‘sports car’ dari Amerika ini merupakan salah sebuah jenama yang gah selain merupakan jenama kenderaan pilihan untuk perlumbaan NASCAR.
Kalau korang kurang tahu, antara model yang menaikkan nama Chevrolet ni pastinya Camaro yang digunakan sebagai salah satu watak dalam filem Transformers iaitu Bumble Bee.
Tahun ini, Chevrolet ada mengeluarkan sebuah sports car model Corvette Stingray dan ianya mendapat sambutan luar biasa dari peminat kenderaan tersebut. Difahamkan, terdapat dua variasi dikeluarkan untuk model 2021 sama ada coupe atau convertable.
Boleh dikatakan kerana sambutan yang diterima agak luar biasa, ramai pembeli terpaksa menanti berbulan-bulan lamanya untuk kenderaan mereka dihantar. Dikhabarkan, ada yang sanggup membayar lebih daripada harga pasaran hanya tidak sabar untuk memiliki kenderaan tersebut.
Syarikat pengeluar mereka, General Motor difahamkan sedang bertungkus lumus untuk memastikan kesemua pesanan pelanggan mereka boleh disiapkan dalam masa yang dijanjikan.
Namun, ada seorang peminat kenderaan ini membuat perkara yang sangat tidak disangka-sangka oleh penjual di salah sebuah showroom Chevrolet di Virginia, Amerika Syarikat.
Menurut video yang dikongsikan dalam group pemilik Chevrolet di Facebook, lelaki ini pada awalnya telah ke bilik pameran tersebut dan seperti peminat-peminat lain, dia meminta jurujual untuk menunjukkan kereta tersebut secara terperinci.
Difahamkan, jurujual yang tidak mengesyaki apa-apa tersebut terus membenarkan lelaki itu untuk menaiki dan menghidupkan enjin Corvette Stingray berkenaan. Tapi, apabila jurujual tersebut ingin masuk ke kenderaan tersebut, lelaki tadi terus memecut laju kenderaan yang mempunyai 490 kuasa kuda ini.
Menerusi video berkenaan, kesemua jurujual yang ada di bilik pameran tersebut terkejut sehinggakan mereka tidak mampu berbuat apa-apa melainkan merakamkan sahaja kejadian tersebut.
https://www.facebook.com/1551250869/videos/854015651916663/
“Walaupun kereta tersebut laju, dia ditahan tak sampai satu blok dari bilik pameran tersebut”
Difahamkan, lelaki berkenaan hanya berjaya membawa lari kenderaan yang sinonim dengan gelaran C8 tersebut hanya satu blok sebelum dia ditahan pihak polis yang dikhabarkan telah dihubungi oleh salah seorang dari penjual di bilik pameran tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata menganggap bahawa ianya hanyalah palsu berikutan rakaman telah dibuat lebih awal. Namun ada juga yang berkongsikan tentang kejadian yang hampir sama berlaku di tempat mereka selain prosedur ketat yang dikenakan di bilik pameran lain.
Kalau betul nak ‘test drive’ janganlah sampai bawak lari. Tak pasal-pasal ke’dalam’.
Baca : “Diorang belum kenal Myvi” – Perang Iklan BMW & Mercedes Buat Ramai Terhibur