in

“Diorang belum kenal Myvi” – Perang Iklan BMW & Mercedes Buat Ramai Terhibur

Bmw Troll Mercedes Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adat dalam dunia perniagaan, pastinya akan ada persaingan terutamanya sekiranya perkara yang diniagakan tersebut ditujukan kepada golongan yang sama atau mereka menjual produk dalam kategori yang sama.


Sebagai contoh, pengeluar kenderaan daripada Jerman iaitu BMW dan Mercedes-Benz yang cukup terkenal sebagai ‘rival’ sejak sekian lama.

Sebagai pengeluar kenderaan terkemuka dunia, pastinya mereka saling bersaing bagi mendapatkan perhatian pengguna dan dalam masa yang sama, ingin membuktikan bahawa mereka adalah lebih baik dari pesaingnya.

Halloween Bmw Troll

Baru-baru ini, berlakunya ‘perang’ poster antara kedua-dua jenama kenderaan ini yang menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat mereka selain turut menerima pelbagai komen ‘kreatif’ dari netizen.

Mana tidaknya, semuanya gara-gara sebuah poster yang dipercayai dikeluarkan oleh pengedar sah BMW di Malaysia iaitu Auto Bavaria yang secara sinis mengatakan kereta keluaran mereka sentiasa berada di hadapan Mercedes dengan sebuah gambar cermin sisi yang menunjukkan sebuah kenderaan keluaran jenama tersebut.

Tidak mahu mengalah dengan situasi tersebut, syarikat Cycle & Carriage Bintang Malaysia dan BR-Jaya Sdn Bhd selaku pengedar sah Mercedes-Benz di Malaysia tampil dengan poster pemasaran yang boleh dikatakan ‘nakal’ untuk mengusik pesaingnya tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah, poster ‘balas’ dari pengedar Mercedes ini seakan-akan ‘mengejek’ BMW dengan kapsyen supaya pemandu mereka sentiasa memerhatikan lampu amaran memotong sambil memesan supaya pemilik mereka memastikan kenderaan mereka dengan baik.

Untuk korang yang tak perasan, pada poster BMW tersebut, lampu amaran memotong tersebut tidak menyala ketika ada kenderaan lain (Mercedes) di sebelahnya.

Ianya kemudian ditambah pula dengan sebuah lagi poster yang menunjukkan sebuah kereta dipercayai jenis BMW yang sedang ditunda kerana berlakunya kerosakan.

Mercedes Troll Bmw

Memasuki ke ruangan komen, rata-rata pengguna ternyata terhibur dengan adengan balas membalas poster oleh pengeluar kenderaan berkenaan, namun dalam komen tersebut, tak kurang juga yang menunjukkan kreativiti masing-masing.

Auto Bavaria Comment

Ini antara hasil edit yang ada di ruangan komen tersebut :

Myvi Wey

Polis Tembak Speedtrap

Kelakar jugak diorang ni, kreatif betul. Sekarang ni kedudukan 2-1, agak-agak apa respon balas BMW nanti? 

Baca : Ramesh Babu : Si Tukang Gunting Jutawan Yang Miliki Ratusan Kereta Mewah Termasuk Rolls Royce

Ramesh Babu Featured Image

Sumber: MB
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.