in

“Tolong selamatkan dia…” – Ibu Warga Malaysia Dihukum Mati Di Singapura Merayu Selamatkan Anaknya

Untitled Design 2022 04 21T123232.700

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 2009, heboh sebuah kes dimana seorang warga Malaysia ditahan di Singapura selepas membawa masuk 42.72 gram dadah jenis heroin ke negara tersebut.

Nagaenthran a/l K. Dharmalingam menyeludup sejumlah heroin tersebut pada April 2009 ketika memasuki Singapura dari Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan mengikat dadah tersebut pada pahanya.


Files Malaysia Singapore Court Disabled Rights 210416 2312179 20220420145102

Pemuda berusia 33 tahun itu mengaku melakukan jenayah tersebut, tetapi dia menyatakan bahawa dia diarah dan terpaksa kerana ada ‘dalang’ yang mengugutnya serta mengancam untuk membunuh teman wanitanya.

Menurut peguam M. Ravi, Nagaenthran ke tali gantung pada 27 April ini atas kesalahan narkotiknya itu.

“Baru menerima berita menyayat hati bahawa Nagaentran akan dihukum gantung pada Rabu depan (27 April).

Negeri Singapura tidak akan pernah dapat pulih daripada aib yang akan dihadapinya di peringkat antarabangsa dalam menggantung seorang yang kurang upaya intelektual,” kata peguam hak asasi manusia itu.

Hukuman tersebut meruntunkan hati ibunya yang kini berada di Perak, Panchalai Supermaniam dalam sebuah video pendek merayu kepada Presiden Halimah untuk menarik balik hukuman terhadap anaknya itu.

https://www.facebook.com/wakeupSG/videos/519930136461402/

Sebelum ini, dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi mendapat penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif Covid-19 ketika dia hadir untuk percubaan terakhir menentang hukuman mati.

Semoga keadilan dapat ditegakkan…

Baca: Penceramah Bebas Ditahan Atas Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-kanak

Untitled Design 2022 04 20T094801.685 1

Sumber: thesundaily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.