Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengatakan kerajaan akan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negeri bagi merancakkan sektor pelancongan.
Menurut Nancy, beliau menerima banyak permintaan dari industri pelancongan tempatan untuk pertimbangkan perkara ini bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan, lapor Harian Metro.
Kini, kami di peringkat mengadakan rundingan dengan negara-negara seperti Singapura, Brunei, Korea, Jepun, Taiwan dan New Zealand yang dikenal pasti sebagai kawasan zon hijau.”
Pun begitu, perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut bersama kementerian lain seperti KKM bagi memastikan kebenaran itu diberikan untuk bantu meningkatkan sektor pelancongan negara.
“Jumlah kes kita dah lebih dari China tau!”
Kenyataan yang dibuat oleh Nancy Shukri ini nampaknya telah buat ramai netizen tak senang duduk. Lebih-lebih lagi kes positif di negara kita tak menunjukkan apa-apa penurunan malah baru minggu lepas kes positif Covid-19 mencecah ke angka lebih 100k!
Tak cukup dengan itu, dalam sidang media semalam, Dr Hisham mengatakan yang kementeriannya sedang pertimbangkan untuk kuarantin pesakit Covid-19 risiko rendah di rumah, ekoran jumlah pesakit yang semakin bertambah.
Namun, penilaian kesihatan perlu dibuat bagi memastikan pesakit masih boleh dipantau semasa menjalani kuarantin di rumah.
Baca: “Dah dekat dengan Malaysia!” – Singapura Sahkan Kes Pertama Libatkan Mutasi Virus COVID 19 di UK