in

“Dah dekat dengan Malaysia!” – Singapura Sahkan Kes Pertama Libatkan Mutasi Virus COVID 19 di UK

Mutasi Covid Singa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan mutasi baru virus COVID 19 di Malaysia yang dikenali sebagai A701V hasil kajian sampel dari Sabah, hari ini pula kita terima satu berita baru.

Mutasi virus UK yang katanya kini sedang ‘mengganas’ di negara terbabit sudah mulai dikesan di negara jiran kita! Menurut Channel News Asia, Singapura telah mengesahkan kes pertama COVID 19 yang melibatkan mutasi virus dari United Kingdom. 


700644

Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan hal tersebut semalam menjelaskan bahawa kes itu disahkan telah membawa varian B117 dan kenali sebagai ‘Kes 58504’. Pesakit terbabit pula merupakan seorang pelajar perempuan yang berusia 17 tahun dan menuntut di UK semenjak Ogos lalu.

Pelajar itu katanya telah pulang ke Singapura pada 6 Disember lepas dan sedang menjalani notis kuarantin di fasiliti yang disediakan.

Namun pada 7 Disember, pelajar terbabit dilaporkan mengalami demam panas dan telah disahkan dijangkiti COVID 19 pada keesokan harinya.

Singapura

Kesemua kontak rapat pesakit telah dikuarantinkan dan diuji negatif COVID 19 sehingga akhir tempoh kuarantin mereka. 

“Disebabkan pesakit tersebut sudah dikuarantinkan sebaik dia pulang ke Singapura, kami dapat mengawal kes ini daripada terus merebak daripadanya,” kata Kementerian Kesihatan Singapura.

Pihak kementerian negara itu juga memberitahu ‘tiada bukti khusus yang mengatakan varian B117 sedang merebak dalam komuniti’ setakat ini.

Harap-harap janganlah mutasi virus ni masuk Malaysia. Takutnya… 

Baca: “Mudah merebak” – Temui Mutasi Covid 19, Belanda Sekat Penerbangan Dari UK

Mutate

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.