in

Jumlah Kes Harian Covid-19 di Negeri PKPD Dijangka Meningkat – Dr Noor Hisham

Ft Keslonjak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah kes harian Covid-19 di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dijangka akan meningkat. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ia susulan pelaksanaan saringan ke atas 10 peratus penduduk di kawasan PKPD oleh Kementerian Kesihatan (KKM).


Kata beliau lagi, aktiviti kesihatan awam dapat dijalankan dengan lebih bertumpu semasa pelaksanaan PKPD terutamanya untuk kumpulan berisiko tinggi, lapor Utusan.

Hisham

Usaha pengesanan kontak rapat dan saringan kesihatan khususnya ke atas individu bergejala dilaksanakan dengan lebih giat  dalam usaha pengesanan awal kes Covid-19.

Ini membolehkan pengasingan segera dijalankan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti manakala pelaksanaan PKPD berdasarkan penilaian risiko di kawasan tersebut.”

Berdasarkan pelbagai usaha dipergiat terutama melalui hasil saringan bersasar, berlakunya peningkatan ketara kes di negeri-negeri yang berada di bawah PKPD.”

Saringan

Selangor telah menyumbang sebanyak 42.04 peratus daripada 47,811 kes bagi tempoh minggu pertama Julai ini berbanding 38.33 peratus daripada 40,973 kes bagi tempoh 24 hingga 30 Jun lepas. Manakala Kuala Lumpur pula sebanyak 13.01 peratus pada tempoh 1 hingga 7 Julai berbanding 12.29 peratus bagi tempoh 24 hingga 30 Jun.

Semalam, Malaysia menunjukkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan mencatat 8,868 kes dengan Selangor kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi sebanyak 4,152 diikuti dengan Kuala Lumpur, 1,133 kes.

Baca: [TERKINI] Naik Lagi?! Kes COVID 19 Melonjak Ke Angka Lebih 8,000, Selangor Catat 4,152 Kes

Fi Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.