Hujung minggu memang waktu yang sangat sesuai untuk duduk sama-sama dengan keluarga dan menonton filem-filem menarik.
Tapi kadang-kadang bila kita dah excited untuk movie night, banyak masa dihabiskan dengan mencari cerita nak tengok je. Jadi pada artikel kali ini, min akan bantu korang dengan senaraikan filem-filem seram yang ada dekat Netflix sekarang so korang boleh plan awal-awal mana satu nak tengok ok? Jom!
1. Tin & Tina
Filem thriller psikologi dari Sepanyol ini mengisahkan tentang seorang pasangan yang baru berkahwin, Adolfo dan Lola. Mereka baru sahaja kehilangan anak akibat keguguran. Namun kerana mahu membesarkan anak bersama-sama, pasangan ini telah mengambil pasangan kembar untuk dijadikan anak angkat, Tin dan Tina.
Filem ini mempunyai pelbagai aspek seram yang dikaitkan dengan imej agama dan krisis kepercayaan yang dialami oleh Lola ketika dia cuba untuk menjaga dua kanak-kanak yang mungkin datang dari neraka.
2. Things Heard & Seen
Filem yang diadaptasikan dari novel All Things Cease to Appear oleh Elizabeth Brundage ini mengisahkan tentang pasangan muda berpindah ke rumah kampung yang mempunyai sejarah hitam. Filem ini menggabungkan thriller psiko pada zaman dulu dengan teknologi filem seram sekarang. Memang kena tengok!
3. We Have A Ghost
Apabila keluarga Presley berpindah ke sebuah rumah, dorang mula sedar yang dorang diganggu oleh hantu bernama Ernest yang tinggal di loteng rumah. Apabila Kevin berjaya merakam Ernest, bapanya, Frank merasakan ia merupakan satu peluang untuk mendapat duit dan kemahsyuran.
Filem ini telah menggunakan elemen viral dan kesungguhan orang untuk memburu hantu untuk mendapat cerita yang sangat kelakar dan sesuai untuk ditonton keluarga.
4. The Silence
Filem yang lebih kurang sama seperti A Quiet Place ini mengisahkan tentang satu dunia di mana ia telah diserang oleh makhluk yang menggunakan bunyi untuk memburu mangsanya. Filem The Silence mengikut perjalanan seorang remaja pekak dan keluarganya yang cuba untuk mencari tempat perlindungan sebelum terjebak dengan satu cult.
5. Umma
Filem lakonan Sandra Oh ini mengisahkan tentang Amanda, seorang pendatang dari Korea yang membesarkan anaknya di sebuah rumah di ladang buah jauh dari teknologi. Berdepan dengan tekanan memikirkan tentang anaknya Chrissy yang mahu berpindah untuk masuk ke kolej, Amanda juga sering mendapat imbasan tentang penderaan yang diterima ketika zaman kanak-kanaknya selepas menerima abu ibunya yang baru meninggal dunia.
Jadi mana satu yang korang nak tengok dulu? Movie marathon pun nice jugak kan?
Baca: Nak Tambah Ilmu? Jom Tonton 8 Dokumentari Best Di Netflix!