Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meminta agar menteri kabitnetnya memiliki sense of crisis semasa negara itu berada dalam perintah Darurat Covid-19.
Antara larangan yang diberikan ialah menteri kabinet tidak dibenarkan membuat lawatan ke luar negara, kecuali menteri luar. Memetik sumber, perkara ini disampaikan oleh Setiausaha Kabinet Jokowi, Pramono Anung sebaik sahaja selesai mesyuarat kabinet baru-baru ini.
“Presiden telah menegaskan bahwa dalam tempoh darurat ini tentunya sense of crisis seluruh kementerian lembaga para pemimpin harus ada,” kata Pramono.
Jelas Pramono, Presiden negara itu telah melarang menteri atau ketua jabatan untuk membuat lawatan ke luar negara. Hanya Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi yang diizinkan.
Ini adalah kerana Jokowi berpendapat bidang tugas Menteri Luar Negeri memerlukan beliau untuk ke luar negara. Bagaimanapun, menteri yang lain masih boleh mendapat izin beliau dengan alasan yang kukuh.
Jokowi juga memerintahkan agar Menteri dan ketua jabatan membuat tempat pengasingan di kementerian atau jabatan masing-masing ekoran kes Covid-19 yang meningkat.
Sumber: Utusan
BACA: Malaysia Diramal Capai 24,000 Kes Positif Sehari Menjelang Pertengahan September – DG Hisham