Kemelut perceraian antara pempengaruh Jofliam dan Cik Epal dilihat masih belum berpenghujung apabila Jofliam dan Dewi ada membuat satu kenyataan terbuka menerusi IG Story milik mereka.
Mereka ‘menyeru’ Cik Epal untuk bersemuka serta berterus terang mengenai punca perceraian antara Jofliam dan Cik Epal dengan cara melakukan ‘sumpah laknat’ di hadapan Cik Epal.
Artikel berkaitan : “Perniagaan 100% cash” – Jualan Cecah RM600K Sebulan, Cik Epal Gesa LHDN Siasat Perniagaan Piza Jofliam
Artikel berkaitan : “Dasar tak tahu malu!” – Beg Tangan RM12K Dipakai Tanpa Izin, Cik Epal Buat Laporan Polis
Sumpah laknat atas Al-quran
Menurut Dewi dan Jofliam, mereka kini mahu menamatkan persengketaan ini dengan cara tersebut. Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi berkata, dia mahu Cik Epal atau Nur Munirah Mahmood untuk berjumpa dengannya supaya dia boleh melakukan sumpah laknat untuk membuktikan bahawa dia bukanlah punca kepada perceraian pasangan pempengaruh itu.
Dalam masa yang sama, Jofliam turut mengeluarkan kenyataan dengan menyeru bekas isterinya itu untuk tampil bersemuka.
Kata Jofliam, kali ini dia mahu melakukan sumpah taklik ini secara live agar orang ramai dapat menyaksikannya sambil memberikan pesanan sinis bahawa ini adalah peluang untuk Cik Epal mempromosikan produknya.
Tambah Jofliam lagi, dia berani menceritakan segalanya bagaimana dia boleh menjatuhkan talak ke atas bekas isterinya itu sambil memegang Al-Quran untuk membuktikan bahawa ceritanya benar dan bukan seperti yang digembar-gemburkan selama ini.
Harap selesaikan sahajalah isu ini secepat mungkin daripada jadi tatapan umum.
Sumber : Instagram