in

Jisoo Blackpink Trending Di Twitter Lepas Peminat Tak Puas Hati Layanan ‘YG Ent.’ Terhadapnya?

Featured Image 1 10 2

Kumpulan Blackpink boleh dikatakan cukup dikenali seluruh dunia, lebih-lebih lagi duet mereka bersama artis-artis terkenal seperti Dua Lipa dan Lady Gaga sedikit sebanyak menaikkan nama kumpulan ini.

Kalau korang nak tahu, akaun instagram rasmi Blackpink je dah cecah 24.4 juta followers weyh!

Malah pada hujung bulan Jun ini,  Blackpink dikatakan akan mengeluarkan album terbaru mereka berjudul ‘How you like that’.

Namun, disebalik proses mempromosikan teaser album, berlaku satu insiden dimana nama salah seorang daripada kumpulan ini telah menjadi trending di Twitter baru baru ini. Kenapa?

Difahamkan, syarikat produksi Blackpink iaitu YG Entertainment tidak meletakkan gambar Jisoo di dalam akaun rasmi milik mereka, lapor Koreaboo.

Jadi ada peminat yang beranggapan YG Entertainment tidak suka pada selebriti ini.

Jisoo1

Jisoo

Korang boleh lihat pada gambar ini, syarikat itu hanya mempromosikan gambar Lisa, Jennie, dan Rose sahaja.

Disebabkan kejadian ini peminat mula membanjiri Twitter dengan perasaan tak puas hati pada syarikat berkenaan, kerana layanan mereka pada Jisoo sangat tak adil dan teruk.

Jisoo5

Jisoo2

Jisoo3

Jisoo4

Walau bagaimanapun, selepas disuarakan oleh peminat, YG mula ambil tindakan dengan mengemas semula akaun Instagram milik mereka.

Namun peminat masih tak puas hati atas insiden yang berlaku.

 

Jisoo Pernah Dibuang Dari Web Rasmi YG

Menerusi Allkpop, dulu YG Ent. pernah membuang nama Jisoo dari website mereka. Disebabkan ini ramai peminat anggap yang Jisoo tarik diri dari kumpulan.

Namun, YG hanya menyatakan itu adalah kesalahan teknikal dan memasukan Jisoo balik di dalam website mereka.

 

Baca: “Teruknya perangai kau” – Bekas Pengurus ‘Blackpink’ Dikatakan Mencuri Duit Lisa Hampir RM3.5 Juta!

Annotation 2020 06 24 121433

Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter