in

Jika Syarikat Tempat Korang Bekerja Rugi Lebih 30 Peratus Akibat Covid-19, Korang Layak Dapat Subsidi RM600

Resize

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri juga ada mengumumkan sebentar tadi dalam Perutusan Khas Kita Prihatin berkenaan dengan bantuan bayaran subsidi kepada pekerja yang majikannya yang mengalami kerugian sekurang-kurangnya 30% akan layak terima subsidi sebanyak RM600.


Dalam kenyataannya tadi, kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah
2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas.

Ciri-ciri utama program ini ialah:

  • Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas.
  • Subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja.

Permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020. Dalam pada itu, PM juga menyatakan bahawa, Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan PERKESO sehingga 31 Ogos 2020.

Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.

 

Baca : [TERKINI] “Tiada permohonan yang perlu dibuat” – Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Buat Golongan B40 & M40 – PM

Pm 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.