Kemelut politik dilihat makin menjadi-jadi, baru-baru ini Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan untuk memecat tiga pemimpin dari parti tersebut.
Menerusi Harian Metro, ahli MKT, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahkan hasil mesyuarat itu memaklumkan, mereka yang dikenakan tindakan disiplin tersebut disebabkan mencela parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci identiti individu berkenaan sambil menjelaskan mereka bukan dalam kalangan MKT.
Saya bermimpi, rumah pusaka saya diami terbakar – Tan Sri Annuar Musa
Baru-baru ini ada desas desus mengatakan bahawa salah orang pemimpin yang dipecat adalah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut Berita Harian, selain beliau, terdapat dua lagi yang dipecat iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.
Namun begitu, hari ini Tan Sri Annuar Musa ada membuat satu kenyataan sinis dengan bermadah pasal mimpi yang dia alami malam tadi.
Katanya, dia bermimpi rumah kediamannya terbakar dan tiba-tiba ditarik dari rumah yang terbakar itu. Boleh baca selanjutnya di bawah ini.
https://www.facebook.com/AnnuarMusa/posts/706260690856148
Susulan dengan kenyataan tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil tampil memberikan respon sinis kepada Tan Sri Annuar Musa.
Memetik laporan Sinar Harian, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO secara sinis dan berkias turut mengucapkan terima kasih atas perkongsian Annuar berkenaan ‘mimpi’ dan igauan’ dialami pemimpin tersebut.
“Tan Sri impikan nak jadi menteri lagi tapi tidak jadi dan tiada rezeki. Tidak mengapa, reda sahajalah ketentuan ALLAH SWT, Dia penentu segala. Kita hanya manusia yang berusaha, jika ALLAH tidak izin, maka adalah sebabnya.”
https://www.facebook.com/isham.abdjalil/posts/pfbid0tJPCD1QP61hSDF7jhGqrDksqW4RqVjM5mcovCmLxsR69r97osSQ7LnBuiEd9xaMEl
Isham Jalil juga sempat berseloroh mengatakan bahawa beliau juga ada mimpi rumahnya bersama Tan Sri Annuar Musa ada api dalam sekam. Jelasnya api tersebut mahu bakar rumah mereka supaya merempat dan pergi menumpang rumah orang lain.
Oleh itu, beliau menyatakan bahawa sebagai tindakan berhati-hati supaya rumah tidak terbakar, adalah lebih baik untuk keluarkan api dalam sekam ini. Dengan kenyataan ini, ia makin menjadi-jadi tanda tanya samada benar atau tidak Tan Sri Annuar Musa dilucutkan.
Bagaimanapun ianya terjawab setelah terkini, Astro Awani melaporkan bahawa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan bahawa Tan Sri Annuar Musa, dua Ketua Wanita UMNO masing-masing dari Bahagian Maran dan Arau dilucutkan keahlian. Tambah beliau, surat pemecatan dikeluarkan hari ini.
Baca : Annuar Musa Minta Produksi ‘Perempuan Itu’ Buat Laporan Bertulis, Tak Boleh Tayang Kalau…

