in

“Jika bergejala segera buat saringan” – Peserta Perhimpunan Mahkamah Kini Dianggap Sebagai ‘Orang Berisiko’

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara topik yang menjadi bualan semalam selain Datuk Seri Najib didapati bersalah atas tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International adalah bilangan ribuan orang yang berhimpun di luar mahkamah untuk menunjukkan sokongan kepada bekas perdana menteri itu.


Dengan kes yang semakin meningkat setiap hari di Malaysia, memang membimbangkan bila tengok orang-orang yang berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tak menjaga penjarakan sosial dan ada juga yang tak pakai pelitup muka.

Malah, Dr Noor Hisham turut meluahkan rasa kecewa melihat orang ramai bersesak di luar mahkamah walaupun setiap hari kementerian dah ingatkan tentang SOP yang perlu dipatuhi.

Ed Utuzu4Aqtjpg 1

Semalam juga, Public Health Malaysia turut umumkan di Facebook rasmi mereka bahawa orang-orang yang hadir ke perhimpunan mahkamah kini dianggap sebagai orang berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Memang ramai yang panas hati. Dr Hisham telah menasihatkan setiap hari tanpa jemu, seperti ketua keluarga yang menasihati keluarganya. Ada saja yang tidak dengar.

Panas hati si ayah melihat kedegilan mereka. Perkara telah terjadi. Namun apa pun berlaku, mereka tetap ahli keluarga kita. Warganegara kita. Ketepikan pandangan politik seketika.”

Peserta perhimpunan adalah orang yang berisiko. Sedih. Memang ramai yang panas hati. Dr Hisham telah menasihatkan…

Posted by Public Health Malaysia on Selasa, 28 Julai 2020

Oleh itu, Public Health Malaysia menasihati orang-orang yang berkumpul di mahkamah semalam untuk berhati-hati dan peka dengan kesihatan diri mereka dengan membuat perkara-perkara di bawah:

  • Jika bergejala segera lakukan saringan
  • Amalkan penjarakan sosial
  • Pemakaian pelitup muka di tempat awam
  • Tidak meninggikan risiko orang terdekat

Kami membelek gambar gambar peserta perhimpunan. Banyak juga warga emas, persis ibu bapa kita. Kepada ahli keluarga yang terlibat, lihat-lihatlah kesihatan keluarga kita. Jika mereka bergejala, segera ke klinik kesihatan untuk saringan kesihatan.”

So, kalau ada keluarga atau orang yang korang kenal hadir ke perhimpunan semalam, nasihatkan dorang untuk periksa kesihatan sendiri and kalau tak ada benda penting, tak payahlah keluar rumah dulu selama 14 hari. #KitaJagaKita

 

Baca: “Sedih bila melihat keadaan begini” – Dr Noor Hisham Kecewa Lihat Perhimpunan Penyokong Najib

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.