Bayangkan korang bayar tiket flight mahal-mahal business class lagi tapi terpaksa duduk atas muntah!
Itulah yang terpaksa dilalui Dave Gildea, Naib Presiden sebuah firma perisian dari San Francisco, Amerika Syarikat.
Dave menerusi posting di twitternya mendakwa yang dia terpaksa duduk di atas kerusi kelas perniagaan yang ada kesan muntah selama lebih 10 jam dalam pesawat British Airways.
Memetik Mirror, insiden tersebut berlaku semasa dia dalam perjalanan dari London ke Seattle.
Dave, 38 tahun sebelum itu telah menaiktaraf tiket penerbangannya ke Kelas Perniagaan di Lapangan Terbang Heathrow sebelum memasuki pesawat dan menyedari ada kesan muntah di atas seat nya.
Saya tidak menyedari apa-apa sehinggalah dua jam kemudian saya terlihat kesan muntah di atas kerusi.Saya juga terkejut kesan percikan muntah itu dapat dilihat di dinding pesawat dan bawah lantai”
Lebih menyakitkan hati, bila anak kapal tersebut mendakwa dia yang menyebabkan kekotoran tersebut sekaligus enggan memohon maaf dan memberikan tempat duduk baharu kepadanya.
“Anak kapal enggan memberikan tempat duduk baharu atau mohon maaf, jadi saya minta selimut untuk tutup kesan muntah itu”
“Sudah tentu ia amat menjijikkan. Bila saya bangun tidur ada kesan muntah kering pada kaki saya.Dengan harga yang saya bayar untuk tiket itu, saya amat terkejut”.
Euwwwww~
Kalau lah admin kena macam tu, memang admin nyanyi lagu raya kuat-kuat dalam kapal terbang, selagi cabin crew tak bagi seat baru, selagi tu admin nyanyi..haha