in

Jepun & Singapura Buka Semula Perjalanan Rentas Sempadan Bermula September Ini

Gambar Hiasan 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Covid-19 menghantui penduduk di seluruh dunia, kebanyakan negara mengambil langkah menutup pintu sempadan bagi mengawal virus itu daripada terus merebak. Jelas, langkah itu mengakibat ekonomi dan industri di seluruh dunia terjejas teruk.

Namun, Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi dan rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan, semalam bersetuju untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara bagi tujuan perniagaan pada September, lapor Bernama.

Pada September ini juga kedua-dua negara itu akan membuka sempadan antara satu sama lain untuk pekerja ekspatriat di bawah skim berbeza.

1 8 4

Menurut Bernama lagi, pelancong perniagaan boleh melakukan perjalanan dan bekerja dalam jarak yang terhad serta diminta untuk melakukan kuarantin sendiri selama 14 hari pertama di tempat penginapan. Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu serantau termasuklah isu pertambahan maritim China dan menegaskan mereka akan terus bekerjasama.

Jepun bimbang dengan situasai berkenaan dan akan bekerjasama dengan Singapura serta negara lain untuk memberikan respon sewajarnya, kata Motegi pada sidang media selepas pertemuan itu.

Baca: Jangan seronok sangat, Corona ada dimana-mana [VIDEO] Rakyat Bersorak Bila Sempadan Perak Selangor Dibuka Tengah Malam Tadi

1Q

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.