in

Jenazah Nadia Kesuma Tidak Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia, Akan Dikebumikan Di Jeddah

nadia kesuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Misteri kehilangan pelakon Malaysia, Nadia Kesuma di Lapangan Terbang Jeddah akhirnya terungkai apabila Nadia disahkan meninggal dunia di sana. Berita pemergian Nadia itu telah dikongsikan sendiri oleh suami dan anaknya.

Terkini, jenazah Nadia tidak akan dibawa pulang ke Malaysia kerana difahamkan akan dikebumikan di Jeddah, Arab Saudi, lapor Kosmo.


Perkara itu telah dikongsikan oleh rakan perniagaan keluarga Nadia iaitu Jasmin Hajar.

Keputusan itu dibuat atas persetujuan ahli keluarga Nadia. Menurut suaminya, Muhammad Kamarul, mereka sekeluarga juga rasa ini yang dimahukan arwah Nadia.

11 1

Artikel Berkaitan: “Bersyukur dapat hantar ke destinasi terakhir” – Suami Nadia Kesuma Titip Doa Atas Pemergian Isteri

Artikel berkaitan: Rekod Imigresen Sahkan Nadia Kesuma Sudah Keluar Dari Lapangan Terbang Jeddah

Difahamkan, jenazah kini berada di Hospital King Fahad dan suami dan anak perempuan Nadia Kesmua akan bertolak ke Jeddah pada pagi ini.

Dalam masa yang sama, punca kematian Nadia Kesuma difahamkan akan dikongsikan oleh Wisma Putra tidak lama lagi, lapor Berita Harian.

Sumber: Kosmo, Berita Harian

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.