in

“Jealousnya”- Ramai Kagum Bekas Pelajar MRSM Ulul Albab Terengganu, Kini Jurutera Di TESLA

New Ft Images

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jadi salah seorang tulang belakang di syarikat besar merupakan impian bagi semua orang. Nak-nak syarikat besar yang berpangkalan di luar negara. Di situ, kita boleh peroleh banyak pengalaman selain dapat banggakan nama Malaysia di persada dunia.


Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia telah menjadi bualan hangat di media sosial kerana beliau merupakan salah seorang jurutera di sebuah syarikat peneraju kereta elektrik dunia dan tenaga bersih iaitu TESLA yang terletak di Amerika Syarikat (AS). Bestnya kerja overseas!

“Siapa dia ni?”

Tesla Fakhirah E1628482411563

Menurut perkongsian Dr Zulkifli Hussain di Facebooknya, Fakhirah atau nama sebenarnya Fakhirah Khairuddin merupakan bekas pelajar batch pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra, Besut, Terengganu.

Fakhirah melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda di University of California dalam bidang Kejuruteraan Angkasa dan kemudian peringkat Ijazah di universiti yang sama dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Patutlah TESLA ambil dia bekerja, pandai sangat.

“Dia memang layak”

Kini, Fakhirah sedang bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di TESLA dan menetap di California. Kejayaan Fakhirah Khairuddin bekerja sebagai pengajar latihan robotik dikongsikan melalui akaun Facebook, Dr Zulkifli Hussain.

https://www.facebook.com/DrZulkifliHussain/posts/157914609758411

Fakhirah E1628484868407

Kejayaan pelajar ini yang bergelar jurutera di syarikat gergasi TESLA sedikit sebanyak menjadi bualan netizen di media sosial.

Dalam satu perkongsian di Twitter oleh @JatIkhwan, beberapa netizen sempat memuji dan mengucapkan tahniah kepada Fakhirah atas pencapaiannya sebagai Jurutera di syarikat TESLA di ruangan komen posting tersebut.

Komen Tesla Full

Kisah kejayaan Fakhirah diharap menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda untuk lebih berminat dalam bidang sains, teknologi, jurutera dan matematik. Lobak Merah sentiasa mendoakan Fakhirah yang terbaik.

Teruskan menabur bakti dan kepakaran walaupun di mana saja.

Baca: cikgu kata tak layak ambik sains tulen gadis kongsi kisah sebelum bergelar pelukis angkasa negara

Angkasa E1628485506200

Sumber: Facebook
Sumber: Remaja
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.