in

JAWI Benarkan Jumlah Jemaah Ditambah Sehingga Separuh Daripada Kapasiti Masjid Bermula Hari Ini

Jemaah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula hari ini,  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membenarkan pertambahan jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.


Selain itu, aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit. Malah, kelonggaran menambah jemaah kepada separuh daripada kapasiti itu juga dilaksanakan untuk solat fardhu lima waktu di  masjid, surau Jumaat dan surau kata pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail

 

Semua ketetapan ini berkuat kuasa bermula dengan solat Jumaat pada 5 Februari 2021 tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).”

Masjid 1

Menerusi Harian Metro, ia juga berdasarkan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah.

“Marilah kita semua terus berdoa agar penularan wabak Covid-19 dalam negara segera berakhir,” 

Pada 12 Januari lalu, Jawi mengumumkan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dibenarkan dengan bilangan maksimum 30 jemaah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Manakala, solat fardu 5 waktu didirikan oleh bilangan maksimum lima orang yang terdiri daripada anggota jawatankuasa dan pegawai masjid.

Baru-baru ini juga, had jumlah jemaah itu turut dipersoalkan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee yang meminta agar para agamawan dan pihak berkuasa untuk menilai dan memikirkan semula tempoh berapa lama lagi masjid dibiarkan kosong dengan jemaah yang terhad dan kuliah-kuliah agama dihentikan.

 

Baca : “Ada yang sengaja tinggal solat Jumaat dgn alasan Covid-19” – Syed Ali Minta Pihak Berkuasa Fikir Tempoh Sampai Bila Masjid Dibiarkan Kosong

Solat

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.