in

“JAWI ada banyak masalah” – Syamsul Tepis Tuduhan Bersetubuh Luar Nikah, Ira Kazar Bakal Kemukakan Saman

Ft Nafi Dakwaan Bersetubuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah menepis tuduhan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang mendakwa dirinya melakukan persetubuhan luar nikah bersama Ira Kazar.


Menurut Syamsul, tuduhan yang dilemparkan oleh Puteri Sarah adalah tidak benar sama sekali selain turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam menjelaskan siasatan.

Difahamkan, kes tersebut masih disiasat bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira Kazar) melakukan persetubuhan luar nikah.”

“Minta maaf cakap, JAWI ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya.”

Tambah Syamsul, tindakan undang-undang terhadap JAWI bakal diambil terhadap tuduhan yang didakwa oleh Puteri Sarah.

Ira Kazar nak saman JAWI?

Syamsul Yusof Ira Kazar

Dalam perkembangan berlainan, Faghirah Fatini Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar bakal mengambil tindakan saman terhadap JAWI berikutan pendedahan pihak terbabit berkenaan tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum kahwin kepada orang ramai.

Menurut Ammar Ghalip, peguam yang mewakili Ira, pihaknya akan memfailkan saman terhadap JAWI kerana pendedahan yang dilakukan oleh pihak mereka kepada masyarakat.

“Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada JAWI,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ira berkata, dia akan menyaman pihak JAWI pada minggu hadapan berikutan pendedahan kesnya kepada umum.

“Ira akan saman JAWI. Minggu depan kami akan failkan saman,” jelasnya.

Kita tunggu laa makluman lanjut nanti…

Sumber : Berita Harian, Kosmo!

Baca : “Itu masalah peribadi dia” – Yusof Haslam Kecewa Orang Ramai Nak Boikot Filem Arahan Syamsul

2Dyh 728X383 1

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.