in

Jangkitan Virus Selsema Burung H5N8 Dikesan Di Rusia, Pertama Kali Jangkiti Manusia

Untitled 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tujuh orang di selatan Rusia dilaporkan telah dijangkiti virus selsema burung H5N8, menjadikan ini kes pertama di dunia yang melibatkan manusia. Maklumat berkenaan kes ini telah dihantar ke Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tujuan kajian.


“Maklumat mengenai kes pertama penularan virus selesema burung di dunia (H5N8) kepada manusia telah dimaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia,” – terang ketua pengawas kesihatan Russia, Rospotrebnadzor, Anna Popova, dalam satu kenyataan.

Virus tersebut ditemui pada tujuh pekerja ladang ternakan, di mana kes jangkitan H5N8 telah dilaporkan dalam kalangan burung pada Disember 2020 lalu.

Breaking Russias First Human Bird Flu Case H5N8 Can Cause Death Experts Predict

Bagaimanapun, Popova menerangkan pekerja yang terkena jangkitan ini mempunyai gejala ringan dan telah sembuh.

Menurut laman WHO, meskipun jangkitan manusia dengan virus A (H5) jarang belaku dan biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada burung yang dijangkiti, virus ini boleh menyebabkan penyakit dan membawa kematian kepada manusia.

Breaking Russias First Human Bird Flu Case H5N8 Can Cause Death Experts Predict 1

Sehingga ke hari ini, virus ini tidak boleh disebarkan daripada manusia ke manusia. Namun, hanya masa yang akan menentukan berapa pantas virus ini akan bermutasi.

 

Sumber: BNO News, Sinar Harian

 

BACABelum Reda COVID-19, Kini Virus Bawaan Kutu Pula Sedang Menghantui China

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.