Walaupun setiap tahun menimbulkan kontroversi ketika melancarkan lagu raya sendiri, namun itu tidak membuatkan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri berhenti di situ.
Terbaharu, usahawan terbabit dilihat sedang merakamkan lagu raya sempena Aidilfitiri tahun ini yang bakal disambut tidak lama lagi. (Tanda-tanda nak dekat puasa!)
Menerusi perkongsian yang dimuat naik isterinya, Datin Seri Nur Shahida berkata dia belum bersedia untuk berkongsi nyanyian Aliff dalam klip video itu kerana bimbang peminat kemurungan.
Artikel berkaitan: “Apa kurang saya” – Aliff Syukri Merayu Radio & TV Mainkan Lagu Rayanya
Artikel berkaitan: “Saya belakang awak ye” – Tok Ti ‘Layankan’ Perangai Aliff Syukri Yang Dakwa Diri Penyanyi No 1
Dapat dilihat, audio yang digunakan dalam video yang dimuat naik tidak sama dengan gerak bibir Aliff Syukri.
“Dah sedia ke korang nak dengar lagu raya artis nombor satu dari belakang ni?
“Maaflah ya tak boleh dengar audio betul takut korang anxiety dan kemurungan,” katanya.
View this post on Instagram
Bonda Rozita beri respon
Sementara itu, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita pula meluahkan kerisauan dan berharap anaknya tidak melancarkan lagu baharu seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
Malah, Bonda Rozita turut menasihati anaknya untuk mengelakkan membuat sesuatu yang mengundang kecaman kerana akan menimbulkan fitnah.
Bukan itu saja, beliau juga mengingatkan tentang umur usahawan itu yang sudah masuk 40-an, tidak sesuai melakukan hal-hal seperti itu.
Meninjau ke ruangan komen, netizen juga tiada masalah dengan pelancaran lagu raya itu dan pada masa yang sama menasihati Aliff untuk tidak mempamerkan klip video yang mengundang kecaman.
Ada yang tak sabar dengar lagu raya Aliff Syukri ke?
Sumber: Instagram