in

“Jangan terkejut kalau jumlah kes Covid-19 meningkat bulan Syawal” – KJ

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti di negara-negara lain, Malaysia juga telah mula beralih ke fasa peralihan ke endemik bermula awal Mei lalu dan selepas seminggu kita menyambut Syawal, terdapat sedikit peningkatan kes posiitf Covid-19 yang dikesan.


Menerusi khairykj.com, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerangkan tentang beberapa perkara penting yang rakyat perlu tahu bila kita biasakan diri untuk “hidup” dengan virus.

Kita perlu menerima kenyataan bahawa jumlah jangkitan akan ada turun naik dengan imuniti yang semakin berkurangan, interaksi antara populasi semakin bertambah, varian baru dan macam-macam lagi.”

26Hm012E 1590390095

Menurut KJ, bagi menghadapi gelombang ini pihak kerajaan akan meneruskan strategi yang membolehkan kita untuk berada di fasa sekarang iaitu menyelamatkan nyawa, mengurangkan risiko tinggi penyakit lebih-lebih lagi terhadap golongan berisiko tinggi, melindungi sistem kesihatan dan meningkatkan peluang sembuh.

Selain itu, KJ turut menasihatkan orang ramai untuk membuat laporan sekiranya dijangkiti dengan virus Covid-19 bagi membolehkan kerajaan terus mengawasi situasi jangkitan semasa.

Semasa kita meneruskan perayaan di bulan Syawal, jangan terkejut kalau angka kes meningat kerana ini adalah sebahagian daripada kehidupan dengan virus.

Asalkan tahap keterukan kes rendah dan kapasiti hospital dilindungi, kita masih boleh meneruskan peralihan ke endemik dengan selamat.

Tak cukup dengan itu, KJ turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa membuat pemeriksaan kendiri sebelum menghadiri majlis dan beritahu majikan untuk pastikan pengudaraan di pejabat baik dan benarkan kerja dari rumah bila perlu.

 

Baca: Daftar Masuk MySejahtera Tidak Diwajibkan Bermula 1 Mei Nanti – KJ

Untitled Design 2022 04 27T163148.020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.