in

Jangan Tangguh Ambil Booster! Doktor Jelas Kepentingan Dos Penggalak Bagi Ibu Mengandung

Fi Booster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keperluan untuk mengambil suntikan dos penggalak bagi vaksin Covid-19 untuk ibu hamil kian menjadi buah mulut dan tanda tanya orang ramai.


Justeru, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, seorang pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan telah menjawab persoalan tersebut melalui laman Facebook dan Twitternya.

Kata Dr Izzat, dengan bertambahnya pelbagai varian baru Covid-19 ini, maka ibu hamil amatlah digalakkan untuk mengambil suntikan dos penggalak. Hal ini disebabkan dos booster tersebut boleh meningkatkan antibody sedia ada untuk mencegah jangkitan virus tersebut. Selain itu, jika mereka terkena jangkitan covid, severity atau tahap komplikasi jangkitan tersebut dapat dikurangkan.

Disebabkan itu, ibu mengandung atau mereka yang sedang cuba untuk mengandung digalakkan untuk mendapatkan dos booster sebaik sahaja layak sekurang-kurangnya 3 bulan selepas dos kedua.

Ramai ibu mengandung bertanyakan keperluan untuk mengambil dos penggalak (booster) vaksin covid. Perlu atau…

Posted by Muhammad Izzat on Tuesday, January 11, 2022

Bila nak ambil booster? 

Menurut Dr Izzat, vaksin mahupun dos penggalak adalah selamat untuk diberikan at any point in pregnancy, pada semua trimester kehamilan. Beliau juga mengingatkan agar ibu hamil supaya jangan berlengah jika telah diberikan tarikh untuk mengambil vaksin/booster.

Perlu ke tunggu bersalin dulu baru ambil booster?

Vaksin bukan sahaja selamat bagi kehamilan, malah antibody yang dihasilkan bila si ibu mengambil vaksin ketika hamil akan diturunkan pada bayi yang belum dilahirkan itu. Jadi, bayi tersebut akan mendapat total perlindungan yang sama untuk mengelak daripada jangkitan covid apabila dia lahir nanti.

Memandangkan dos penggalak bagi vaksin Covid-19 ini sangat selamat untuk diberikan kepada semua ibu mengandung kerana ia bukan sahaja dapat melindungi si ibu malah si bayi, maka Dr Izzat menyeru orang ramai agar tidak menangguhkan waktu untuk mendapat vaksin selepas bersalin.

Semoga dipermudahkan untuk para ibu.

Baca: Saya ambil Sinovac, sebab KJ ambil – Ellie Suriaty Akhirnya Suntik Vaksin Akhir Oktober Lalu?

Baca Booster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.